Jumaat, 5 September 2008

Rowhah Sepanjang Bulan Ramadhan


Dipetik dari blog alMaarif87.blogspot.com



Rowhah LIVE from Darul Mustafa,Tarim Hadramaut Yemen!!!Tahun ini baru diadakan secara Online.

Jadi, Jangan lepaskan peluang!!!

Bila?

Setiap Hari kecuali Jumaat sepanjang Ramadhan

Waktu?

-3.45 P.M (Mekkah)

-8.45 P.M(S'pore) - Waktu Malaysia pun lebih kurang lah tu.

-2.45 P.M(Mesir)

Kitab yang digunakan:

  1. Tauhid : (Bab) Tarjemah Aqidah Ahli As-Sunnah fi kalimatay As-Syahadah dari kitab Ihya' Ulumuddin oleh Imam Ghazali.
  2. Hadis : Qutuf Al-Falihin min Riyad As-Solihin, kumpulan hadis2 pilihan Habib Umar dari Riyad As-Solihin oleh Imam Nawawi)
  3. Dakwah: Ad-Dakwah At-Tammah wa At-Tazkirah Al-'Ammah oleh Habib Abdullah bin 'Alawi Al-Haddad.
  4. anf a few more kitabs yg tidak dapat dikesan oleh Al-Faqir...

Boleh ikuti secara ONLINE... Website Habib Umar

Bagi mereka yang ingin mendengar Rakaman Pengajian Ramadhan tahun 2007 bersama Al-Habib Umar Ibn Hafidz,Sila ke Website berikut.... http://almaarif87.multiply.com/

Rabu, 3 September 2008

Pengajian Kitab Sair al-Salikin oleh Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam

Pengajian kitab Sair al-Salikin karangan Syaikh Abdusshomad al-Falimbani dipimpin oleh Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam akan diadakan pada hari Ahad 7hb September 2008 bertempat di Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Program akan bermula dari jam 9.00 pagi - 12.30 tengahari.

Muslimin dan muslimat dijemput hadhir

Dimaklumkan juga bahwa satu kutipan khas buka puasa/sahur atau zakat untuk Ma'ahad Yasin, Kalimantan yang dipimpin oleh Syaikh Fahmi juga akan diadakan. Maka sesiapa yang berhajat untuk menghulurkan sedeqah/derma, sila hubungi Tuan Haji Ahmad (012 2600160). Marilah kita merebut peluang bersedeqah atau menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.