Khamis, 30 September 2010

Majlis Bersama Ulama: Al-Habib Kadzim bin Ja'far as-Seggaf


MAJLIS BERSAMA ULAMA & BACAAN MAULID
bersama
AL-HABIB KADZIM BIN JA'FAR AS-SEGGAF
(dari Tarim, Hadramaut)


Bila?
Pada hari KHAMIS , 28 Syawwal 1431 bersamaan 7 OKT 2010, selepas sholat Maghrib


Di mana?
Bertempat di Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan

Ahad, 26 September 2010

Jadual Majlis Sambutan Haul Imam al-Haddad Bagi Tahun 2010

Sila dapatkan jadualnya disini (klik pada gambar)


Khamis, 2 September 2010

Pengajian Kitab Matan Jauharah dan Shahih Sifat Sholat Nabi di Surau al-Ikhlas, Jalan Rabung, Bukit Jelutung, Shah Alam

Majlis Ta'lim Bulanan Di Masjid Baitul Aman, 102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat Kuala Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ilmu ajaran agama Islam yang ditinggalkan dan diwasiatkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.

Huraian dari buku-buku beliau akan dihuraikan dalam Bahasa Malaysia.

Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:



  • Hari Sabtu, 25 September 2010 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’ 
Agar kita mengambil peluang untuk menghadiri majlis diatas untuk pendoman perjalanan kita ke akhirat.

Jadual ini akan diulangi pada minggu ketigaa atau keempat setiap bulan dan akan dimaklumkan pada majlis semasa.
Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam masjid.