Isnin, 31 Oktober 2011

Majlis Mawlid Mingguan dan Pengajian Kitab Wasaail al-Wushuul ila Syamaail ar-Rasul صلى الله عليه وآله وسلم

Majlis Mawlid Mingguan dan Pengajian Kitab Wasaail al-Wushuul ila Syamaail ar-Rasul صلى الله عليه وآله وسلم oleh Ustaz Mahdi al-Hamid

Pada setiap hari Khamis malam Jum’at bertempat di Madrasah Tazkiyyah/Madras Nur, 36, Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Jom hadiri beramai-ramai. Pembacaan kitab Wasaail al-Wushuul ila Syamaail ar-Rasul صلى الله عليه وآله وسلم ditetapkan oleh Guru Mulia Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. 

Bagi memberi peluang kepada mereka yang bekerja untuk bersama-sama dalam majlis mawlid dan pengajian yang penuh keberkatan ini maka, majlis bermula jam 8.30 malam.

Kata pepatah Melayu: Tak Kenal Maka Tak Cinta!
 
Kitab asal dalam bahasa 'Arab

Versi terjemahan (ringkas) dalam Bahasa Malaysia oleh Uztaz Syed Ibrahim bin Syed Ahmad al-Yahya
Terjemahan versi Indonesia ( lebih lengkap)
Syarah kepada Kitab Wasail oleh Syeikh 'Abdullah bin  Sa'id al-Lahji


Bagi yang bertanya tentang alamat tempat pengajian dan pelan lokasinya, maka boleh lihat dibawah

No. 36, Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, Kuala Lumpur


Jumaat, 21 Oktober 2011

Penangguhan Program Syeikh Nuruddin di KL/Selangor

PERHATIAN: SEMUA PROGRAM SYEIKH NURUDDIN DI KL/SELANGOR YANG TELAH DIJADUALKAN DITANGGUHKAN. DAN DAURAH KITAB DI MASJID AS-SALAM BUKIT SENTOSA/BUKIT BERUNTUNG DITUNDA PADA TARIKH 29 & 30 OKTOBER 2011 (SABTU DAN AHAD) - HARAP MAKLUM.


Selasa, 11 Oktober 2011

Jom Ngaji: DAWRAH THAQAFI 'ILMIYYAH UKM 2011

MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI Dar Ta'lim Al-Munawwarah
atau Facebook Dar Ta'lim Al-Munnawwarah

  Pengajian kitab Faridah di sampaikan oleh Syeikh Azhar bin Hasyim  yang berlangsung  semalam 11 Oktober 2011

Sabtu, 1 Oktober 2011

PROGRAM DAN MAJLIS-MAJLIS SEMPENA PERINGATAN KEWAFATAN IMAM AL-HADDAD YANG KE-300 TAHUN DI MALAYSIA

Sila dapatkan jadual terkini di al-Hawi


Forum Perdana


Sempena Majlis2 Haul di sekitar negara, Forum Perdana ini dilangsungkan di beberapa tempat pada siang harinya sebelum Majlis Haul bermula pada petang yang sama.  Pada Majlis Haul Kemuncak hari Sabtu 8 Oktober 2011, akan dilangsungkan Forum Perdana juga di Masjid Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam mulai jam 10:00 pagi.

Dalam program ini, ulama' jemputan dari dalam dan luar negara akan membentangkan kertaskerja berkenaan cara hidup bimbingan Rasulullah s.a.w. yang diamalkan turun temurun dari zaman salaf assaleh dahulu.  Pada sessi soal-jawab berikutnya, para hadirin dapat membuka peluang diskusi dengan membentangkan soalan atau kumusykilan yang bakal memanfaatkan umum.

Terkini: Dawrah Bersama Al-Habib Zain bin Ibrahim bin Semait


Oleh kerana Al-Allaamah Habib Zain bin Ibrahim bin Semait dilanda keuzuran, maka Program Dawrah yang dirancangkan terpaksa ditangguh ke suatu masa hadapan. 

Sila pantau www.alhawi.net untuk keterangan lanjut dan sila emailkan sebarang soalan  berkaitan kepada ar@alhawi.net juga.