Sabtu, 31 Januari 2009

SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD



SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD
ANJURAN BERSAMA UIA (MAHALLAH REPRESENTATIVE COMMITTEE(MRC)ALL MAHALLAH IN PETALING JAYA AND NILAI CAMPUS AND FOUNDATION STUDENTS COORDINATION COUNCIL - FSCC), JAKIM, JAWI DAN YAYASAN SOFA


TARIKH: 11 SHAFAR 1430H / 7 FEBRUARI 2009M (SABTU)
MASA: 8.00 PAGI - 11.45 MALAM
TEMPAT: DEWAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN DUTA.


ATURCARA:
7.30 pagi : Ketibaan para peserta
7.45 pagi : Ketibaaan tetamu khas dan juga para penceramah. Tetamu kehormat: Dato' Pengarah JAKIM, Dato' Mufti Wilayah Persekutuan dan Penaung Yayasan Sofa

8.15 pagi : Majlis Perasmian Seminar dan ucapan para tetamu kehormat.

9.15 pagi : Minum pagi

9.45 pagi : Ceramah 1 oleh al-Fadhil Ustaz Zamihan bin Haji Mat Zin, Pen. Pengarah Pusat Pengajian al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
Tajuk ceramah: Peranan Mahasiswa Dalam Memahami Serta Membenteras Penyelewengan Agama Dan Gejala Murtad

10.45 pagi : Rehat

11.00 pagi : Ceramah 2 oleh al-Fadhil Ustaz Haji Mahfuz bin Muhammad al-Khalil, Pendakwah Bebas.
Tajuk ceramah: Kesamaran yang Perlu Dijelaskan dalam Memahami Agama

12.45 t'hari : Makan tengahari dan shalat zohor

2.00 petang : Ceramah 3 oleh Ustaz Ahmad Faidzurrahim bin Haji Muhammad Alwi, Pen. Pengarah Institut Pengajian Darul Hijrah, Pahang.
Tajuk ceramah: Pegangan Jitu Seorang Muslim

3.15 petang : Rehat

4.30 petang : Suai kenal bersama Ulama. Tausiyah oleh al-Mukarram Syaikh ‘Afeefuddin al-Jailani; Tausiyah oleh al-Habib ‘Ali Zaenal Abidin al-Hamid dan persembahan Qasidah oleh Yayasan al-Jenderami.


*************

Ceramah Khas - مفاهيم يجب أن تصحح (Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan)


7.45 malam: Ketibaan Tetamu Kehormat, penceramah dan para peserta seminar

8.15 malam: Majlis bermula - bacaan al-Quran, bacaan Ratib al-Hadddad, Ceramah oleh Syaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, Soal-Jawab


11.15 malam: Bacaan Maulid Daiba'ie, Qasidah Nabawiyah oleh Kumpulan as-Sofa

11.45 malam: Jamuan ringan dan bersurai.



Untuk keterangan lanju, sila hubungi:
Syed Muhd Saufi: 013-628 0251
Ustaz Muhadir: 012 - 697 3893

Sumber: Bankwahabi


Jumaat, 30 Januari 2009

Majlis Haul al-Habib Muhsin bin Umar al-‘Atthas



Tarikh: 4 Shafar 1430H / 31 Januari 2009 (Sabtu)
Masa: Bermula jam 6.30 petang
Lokasi: Yayasan al-Jenderami, Jenderam.


Biografi ringkas al-Habib Muhsin bin Umar al-‘Atthas

Beliau adalah Muhsin bin Umar bin Abdullah bin Muhammad bin Abdullah bin ‘Aqil al-‘Atthas. Dilalhirkan pada hari Ahad, 8 Rajab 1354H bersamaan 6 Oktober 1935M di desa Pedawa, Idi Aceh. Ayah beliau al-Habib Umar bin ‘Abdullah al-‘Atthas berasal dari Hadramaut, kemudian berhijrah ke Aceh. Habib Muhsin membesar sebagai seorang anak yatim kerana ayahandanya wafat ketika beliau masih kecil.


Oleh kerana beliau seorang yatim, maka setelah menghabiskan pengajiannya disebelah pagi, disebelah petangnya beliau akan membantu bondanya dengan bekerja. Beliau berjaya memlanjutkan pelajarannya ke IAIN ar-Raniri di Banda Aceh, namun baru setahun disana, beliau berhenti untuk sementara. Beliau bermusafir ke Pekalongan di Jawa Timur untuk mencari dan menziarahi kaum kerabatnya sebagaimana yang diwasiatkan oleh ayahanda beliau. Dan beliau berjaya menemui dan menziarahi mereka.

Sewaktu di Pekalongan, Habib Muhsin jatuh sakit. Dan dengan taqdir Allah beliau, ditemukan dengan al-‘Allamah al-Muhaddits al-Habib ‘Abdul Qadir Blfaqih di Pekalongan. al-‘Allamah al-Muhaddits al-Habib ‘Abdul Qadir Blfaqih adalah pengasas kepada Ma’had Darul Hadits, Malang. Dan beliau telah diijazahkan oleh al-Habib ‘Abdul Qadir Bilfaqih dengan shalawat Thibb untuk beliau amalkan dan berpesan agar datang ke Malang apabila beliau telah sembuh.


Maka setelah sembuh beliau ke Malang untuk menunaikan janjinya kepada al-Habib ‘Abdul Qadir. Sesampainya beliau disana, beliau telah diminta oleh Habib ‘Abdul Qadir untuk menjadi tenaga pengajar di Darul Hadits. Beliau mengajar di sana selama 6 tahun dan kemudiannya pulang semula keAceh untuk menghabiskan pengajiannya di IAIN ar-Raniri. Setelah 4 tahun beliau berjaya menghabiskan kuliah dengan maraih gelar Drs. Seusai pengajian beliau, beliau mendapat sebagai guru di Aceh. Dan dalam masa yang sama beliau menerima surat dari al-Habib Abdullah bin ‘Abdul Qadir Bilfaqih meminta beliau datang ke Darul Hadits, Malang. Hasil dari shalat istikharahnya beliau mengambil keputusan untuk kembali ke Malang. Dan beliau berkhidmat sebagai pengajar di Darul Hadits, Malang, Surabaya selama 20 tahun.


Berkhidmat di Madrasah al-‘Atthas Johor. Beliau berkhidmat di Madrasah al-‘Atthas Johor diatas permintaan dan undangan dari a-Habib Ali bin Muhammad al-Atthas, iaitu Nazir Madrasah al-Atthas Johor Baharu ketika itu. Setelah 16 tahun berkhidmat di Malaysia, beliau kembali ke Indonesia dan membuka sebuah Pesantren khusus untuk pelajar perempuan. Beliau membukanya diatas saranan al-Habib Muhammad bin Husein Ba’abud iaitu pengasas dan pengasuh Ma’had Darun Nasyi’in Lawang. Pesantren yang dibuka oleh Habib Muhsin bin Umar al-Atthas ini diberi nama Ma’had Babul Khairat Litarbiyatil Banat. Setelah itu beliau membeli tanah di Pasuruan dan bercita-cita untuk membuka Pasentren untuk pelajar lelaki pula. Namun usaha ini tidak kesampaian kerana beliau jatuh sakit. Beliau mengalami sakit kegagalan buah pinggang.


Pada hari Sabtu, 26 Muharram 1427H bersamaan 25 Februari 2006M, al-Habib Muhsin bin Umar al-Atthas menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu.

Al-Habib Muhsin adalah seorang ulama yang lemah-lembut; merendah diri; menyintai anak yatim – beliau sering berusaha mencari dana untuk keperluan hidup dan pendidikan anak-anak yatim; suka menziarahi kaum kerabat untuk mengukuhkan silaturrahim; seorang yang menepati janji; tidak pernah menyakiti hati orang lain; pemurah harta, ilmu dan nasihat; … pendekata beliau mempunyai akhlaq yang mulia dan disenangi ramai.


Rabu, 28 Januari 2009

MAJLIS BERSAMA PENDAKWAH INDONESIA

MAJLIS BERSAMA PENDAKWAH YANG TERKENAL DARI INDONESIA
KIYAI HAJI AA GYM @ ABDULLAH GYMNASTIAR


Tarikh: 3 Shafar 1430H / 30 Januari 2009 (Jum'at)
Masa: Selepas shalat Maghrib
Tempat: Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan

Biografi ringkas
Pendakwah berusia 47 tahun in, dilahirkan di Bandung, Jawa Barat, 30 Februari 1962.) Pendakwah, penulis dan penerbit buku serta pakar motivasi ini lebih dikenal sebagai AA-GYM. Juga pengasas sebuah pesantren yang iaitu PONDOK PESANTREN DARUL TAUHID, di Jalan Gegerkalong Girang, Bandung, Jawa Barat, Indonesia .


Menjadi popular kerana mengenalkan cara berdakwah yang unik dengan pesan-pesan dakwah Islami yang praktis dan diterapkan pada kehidupan seharian . Pesan-pesan dakwahnya berkisar pada pengendalian diri, hati nurani, toleransi dan keteguhan iman . Juga menekankan keutamaan salat, puasa, dan kemegahan surga, Aa Gym memilih untuk bercerita tentang pentingnya hati yang tulus, keluarga yang sakinah dengan menggunakan bahasa sehari-hari yang ringan dan menyenangkan.

Beliau pernah muncul dikaca TV di Malaysia ketika bulan Ramadan dalam slot pengajian Hikam Ibn 'Athoillah.

Khamis, 22 Januari 2009

MAJLIS BERSAMA ULAMA HADRAMAUT - SYAIKH ‘ABDUL QADER ‘ATIQ JABER AL-BAIHANI

عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر


MAJLIS BERSAMA ULAMA HADRAMAUT - SYAIKH ‘ABDUL QADER ‘ATIQ JABER AL-BAIHANI

Tempat: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan

Tarikh: 27 Muharram 1430 / 24 Januari 2009 (Sabtu)

Aturcara Majlis

7.25 ptg : Azan dan sholat Maghrib
7.50 ptg : Bacaan Maulid ad-Dhiya` al-Lame’ kemudian diikuti dengan ceramah oleh Syaikh ‘Abdul Qader (akan terjemahan oleh Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid)
10.00 : Sholat Isyak dan bersurai


Biografi ringkas penceramah.

Beliau Syaikh ‘Abdul Qader ‘atiq Jaber al-Baihani. Berumur 38 tahun. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Sana'a, Yaman di dalam bidang syari'ah. Sebelumnya beliau belajar secara bertalaqi di Ribat Baido` (رباط البيضاء) dengan bergurukan kepada al-Habib Muhammad al-Haddar (gambaq sebelah. Wafat pada 1418H. Beliau juga merupakan guru kepada al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz), Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith dan juga dengan al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Sekarang, beliau mengajar di Ma'ahad al-‘Aali di Shabwa, Hadramaut. Berpengalaman berdakwah di Emirates (UAE), Syria, Jordan, India, Bangaladesh dan Indonesia dan ini merupakan kali pertama beliau datang ke Malaysia . Beliau juga merupakan salah seorang pensyarah kanan KOLEJ DAR AL-MUSTHAFA (yang diasaskan oleh al-Habib Umar bin Hafidz), Tarim , Hadramaut, Yaman. Juga merupakan Ketua MARKAZ AN-NUUR (dibawah pentadbiran Kolej Dar al-Musthafa) yang bertanggungjawab menyimpan manuskrip asal kitab para ulama Hadramaut.