Rabu, 25 Januari 2012

Rabu, 11 Januari 2012

Khusus Buat Warga JB, Jom Bermaulid, Berselawat ...... Taman Daya JB Berselawat .......



Imam As-Suyuthi berkata:
وَيُسْتَحَبُّ لَنَا إِظْهَارُ الشُّكْرِ بِمَوْلِدِهِ وَاْلإِجْتِمَاعُ وَإِطْعَامُ الطَّعَامِ وَنَحْوِ ذَلِكَ مِن وُجُوهِ الْقُرُبَاتِ وَإِظْهَارِ الْمُسَرَّاتِ.
“Dan disunatkan untuk kita menzahirkan rasa kesyukuran dengan kelahiran Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan (disunatkan juga) berkumpul dan memberi makan dan yang seumpama itu yang termasuk dari jalan mendekatkan diri kepada Allah dan menzahirkan kesukaan.” (Al-Hawi li Al-Fatawa, 1/196)
Beliau berkata lagi:
مَا مِن بَيْتٍ أَوْ مَحَلٍّ أَوْ مَسْجِدٍ قُرِئَ فِيهِ مَوْلِدُ النَّبِيِّ إِلاَّ حَفَّتِ الْمَلاَئِكَةُ أَهْلَ ذَلِكَ الْمَكَانِ وَعَمَّهُمُ اللهُ تَعَالَى بِالرَّحْمَةِ وَالرِّضْوَان.

“Tidaklah ada dari rumah atau tempat atau masjid yang dibacakan dalamnya Maulidur Rasul صلى الله عليه وآله وسلم , melainkan para malaikat akan menaungi (merahmati) penduduk tempat itu dan Allah meluaskan mereka dengan rahmat dan keredhaan.” (Al-Wasa’il fi Syarh al-Masa’il, Imam Sayuthi)

Imam Sayuthi membantah orang yang berkata: “Aku tidak mengetahui hukum perayaan Maulid ini di dalam Al-Qur’an mahupun di dalam hadith”, dengan mengatakan: “Tidak tahu terhadap sesuatu bukanlah bererti tidak adanya sesuatu itu.” (Husn al-Maqshid fi ‘Amal al-Maulid di dalam Rasa’il Hammah wa Mabahith Qayyimah, ms. 198)

sekian dari
al-fagir ilaLlah abu zahrah al-qadahi

Majlis Mawlid Mingguan dan Pengajian Kitab Wasaail al-Wushuul ila Syamaail ar-Rasul صلى الله عليه وآله وسلم


Majlis Maulid Minggunan dan Pengajian kitab Wasail al-Wushul ila Syamail ar-Rasul صلى الله عليه وآله وسلم oleh al-Habib Mahdi al-Haamid.

Pada setiap hari Khamis malam Jum'at, bertempat di Madrasah at-Tazkiyyah/Madras Nur, 36, Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Pembacaan kitab ini telah ditetapkan oleh Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Kitab ini akan dibaca dan disyarah oleh al-Habib Mahdi al-Haamid dan akan diterjemahkan oleh Ustaz Asyraf Osman. 


Gambar Kredit: Badan Kebajikan Surau al-Ghazali
 Untuk memberi peluang dan ruang masa kepada mereka yang bekerja bersama-sama di dalam majlis maulid dan pengajian kitab yang penuh keberkatan ini, maka majlis ini akan bermula dari jam 8.30 malam.


Jom kita meluangkan masa untuk bermaulid dan mengaji dan mengenali kesempurnaan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم
..... tak kenal maka tak cinta ....
Kitab asal dalam bahasa 'Arab
Kitab Syarah kepada Wasailul Wushul
Versi terjemahan (ringkas) dalam Bahasa Malaysia oleh Uztaz Syed Ibrahim bin Syed Ahmad al-Yahya

Terjemahan versi Indonesia ( lebih lengkap)

Bagi yang bertanya tentang alamat tempat pengajian dan pelan lokasinya, maka boleh lihat dibawah


No. 36,
Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, Kuala Lumpur






Khamis, 5 Januari 2012

Jangan Lupa Malam Ini (6 Disember 2012) Bersama al-Habib Munzir Fuad al-Musawa dan al-Habib 'Ali Zainal 'Abidin al-Hamid


Jadual Pengajian Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari di KL/Sel - Safar 1433/ Januari 2012



Majlis Pengajian Kitab Bersama Tuan Guru Haji 'Abdurrahim, Pendang di Masjid as-Salam, Bukit Sentosa

Majlis pengajian kitab bulanan bersama al-Fadhil Tuan Guru Haji 'Abdul Rahim bin 'Abdul Rahman, Sungai Jagong Pendang akan diadakan di Masjid as-Salam, Bukit Sentosa/Bukit Beruntung.

Tarikh: 14 Shafar 1433H bersamaan 8 Disember 2012 (Ahad)
Masa: Bermula jam 8 pagi - 11 malam

8.00 pagi - 6.00 petang: Kitab al-Adab al-Mufrad karya al-Imam al-Bukhari
Selepas sholat Maghrib: Kitab Riyadhus Sholihin
9.00 malam - 11.00 malam: Kitab Shohih al-Bukhari dan Hikam Ibn 'Athoillah

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir