Khamis, 25 Disember 2008

Sambutan Maal Hijrah 1430 - Yayasan as-Sofa, Rembau, Negeri Sembilan

Sepertimana lazimnya, dengan kehadiran Tahun Baru Hijrah 1430 pada kali ini, Yayasan Sofa Negeri Sembilan (0202-04-9) tidak mahu ketinggalan untuk mengadakan Majlis Sambutan bagi merayakan Hari Kebesaran Islam ini, dengan aktiviti-aktiviti pendidikan dan ceramahan agama, bersama penuntut-penuntut ilmu dan masyarakat, bagi mengisi ruang dan kesempatan menyambut permulaan taqwim Islam ini. Buat tiga tahun berturut-turut, YSNS bersama Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, sekali lagi berkerjasama dan bermuafakat bersama untuk mengadakan Majlis Diskusi Tauhid, yang berobjektifkan kepada :


  • Memberi pendedahan untuk masyarakat umum dan generasi pelajar menghayati perjuangan Rasulullah SAW dalam peristiwa besar Hijrah ini.
  • Memupuk khalayak agar sentiasa menjadikan peristiwa Hijrah ini suatu cara untuk muhasabah dan perubahan diri serta lonjakan pradigma dan wawasan Muslim selaras dengan kisah perjalanan penuh ranjau ke Yathrib (Madinah) yang dilalui oleh Rasulullah SAW bersama sahabat karibnya Saidina Abu Bakar ra.
  • Menjana intelektual dan pelajar Muslim yang peka, bijak dan cekap dalam menangani permasalahan masyarakat luaran dan dalaman khasnya berkaitan pemantapan Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah dan cabaran merentasi masa.

Tentatif Program:

Sabtu: 27/12/2008

06.00 petang

- Ketibaan Peserta dan Pelajar/Staff UTHOM
- Sholat Maghrib
- Majlis Ceramah Diskusi Tauhid I - Kitab Aqidatul Awwam oleh Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki





Ahad : 28/12/2008

06.00 pagi - Sholat Subuh, Kuliah Subuh / Ceramah Diskusi Tauhid II

10.30 pagi - Ceramah / Diskusi Tauhid III

05.00 ptg - Majlis Perarakan Maal Hijrah
- Majlis Bacaan Maulid Daibaie



07.10 ptg - Sholat Maghrib, Ceramah Sambutan Maal Hijrah 1430H oleh Penceramah Jemputan
iaitu al-Muhaddits Syaikh Ahmad Darwish al-Misri al-Azhari
- Solat Isyak

- Jamuan / Bersurai






MUSLIMIN/ MUSLIMAT ADALAH DIJEMPUT HADIR

Untuk urusan penginapan atau keterangan lanjut, sila hubungi :
Encik Norizam bin Hashim ( 013 380 7785 )
Encik Ainul Amriz bin Ismail ( 019 227 9226 )

Yayasan Sofa Negeri Sembilan
Kompleks Yayasan Sofa
71350 Kota Negeri Sembilan
Telefon : 06-445 0419


Email : yayasansofa@gmail.com
Web site : www.yayasansofa.com

Biografi Ringkas Penceremah Jemputan:

Tiada ulasan: