Bagi yang bertanya bagaimana untuk ke Madras Nur ...... sila lihat disini
BIODATA RINGKAS
- Nama : Al-Habib Musa al-Kazim bin Ja’far bin Muhammad as-Seggaf
 - Lahir : Tarim , Hadramaut, Yaman pada tahun 1960M
 - Menghafaz al-Qur'an dan lain-lain ilmu yang berkaitan d Bandar Tarim daripada para Masyayih dan para Habaib di sana , khususnya di pusat pengajian al-Quran Abi Murayyim[1], di Ribath Tarim[2] .
 - Seterusnya mendalami ilmu agama dengan bertalaqqi di hadapan para ulama di Ribath al-Baidha’, Kota al-Baidha’, Yaman.
 - Apabila pulang ke Tarim, diberi tanggungjawab yang berat memimpin Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa , cawangan Bandar al-Syihr[3], selama 6 tahun .
 - Seterusnya melebarkan dakwahnya mengajar di Ribath ar-Raudhah dan Ribath an-Nuur di Bandar Mukalla[4]
 - Sekarang ini menjadi guru di Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa, Kampus Induk di Tarim . Juga sebagai ahli jawatankuasa Ifta’ di sini .
 - Beliau sering dijemput ke luar negara bagi menyampaikan dakwah yang mulia di majlis-majlis ceramah, multaqa’, seminar dan sebagainya di serata dunia . Antaranya sering ke Negera-negara Eropah seperti Britain, Jerman dan lain-lain, Amerika, Norway, Negara-negara benua Afrika dan Asia Tenggara.
 - Tidak ketinggalan juga, mengarangkan kitab agama bagi menyebarluaskan kebenaran Islam ke seluruh pelusuk Dunia .
 
-------------------------------------------------
[1]   Abi Murayyim : Terkenal sebagai pusat pengajian al-Quran dan ilmu-ilmu   yang berkaitan dengannya  (seperti Tajwid, Qiraat dan sebagainya) . Terletak di   Bandar Tarim. Telah diasaskan lebih daripada 100 tahun yang lalu.   Melahirkan ramai penghafaz al-Quran khas di kalangan para Ulama.
[2]   Didirikan pada tahun 1304H (1886M). Dipimpin oleh Mudir yang   pertamanya: al-Habib Abdurrahman bin Muhammad al-Masyhur, kemudian   al-Habib Abdullah bin Umar asy-Syathiri, seterusnya al-Habib Hasan bin   Abdullah bin Umar asy-Syathiri dan  kini dipimpin oleh al-Habib Salim   bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri. Dibina di tengah-tengah Bandar Tarim   menjadi tumpuan ahli ilmu bagi mendalaminya. Melahirkan puluh ribuan ulama   yang bertebaran diseluruh pelusuk dunia.
[3] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut.
[4] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut.
Sumber: Masjid al-Falah

2 ulasan:
assalamualaikum....
boleh berikan alamat lengkap atau lokasi berhampiran dengan madrasah an-nur di lembah pantai tak? saya kurang arif tentang bandar raya kuala lumpur.. harap kerjasama tuan/puan memudahkan saya sampai di majlis itu nanti...insyaAllah.. terima kasih...
Wa'alaikumussalam. Sila lihat pautan dibawah poster.
Catat Ulasan