عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء,فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر
Sabtu, 29 Ogos 2009
Khamis, 27 Ogos 2009
Diskusi ilmiyyah : Isu-isu Aqidah
Tajuk: Pemahaman Yang Shohih Ayat-ayat Dan Hadits-hadits Mutasyabihat
Tempat: Bilik Seminar, Kolej Darul Hikmah, Sg. Ramal Dalam, Kajang, Selangor Darul Ehsan
Tarikh: 8 Ramadhan 1430H / 29 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa: 9.30 pagi – 12.00 tengahari
Bagi yang berminat atau keterangan lanjut sila hubungi En Zulkifli – 0193624583 atau al-Fagir Abu Zahrah – 0173396079 (sms saja nooo ….). Dan diminta tuan/puan, saudara/saudari memanjangkan maklumat ini kepada kenalan yang berminat.
Sabtu, 22 Ogos 2009
Kuliah Dhuha oleh Syaikh Rohimuddin Nawawi al-Bantani

Masa: Kuliah Dhuha (bermula jam 10.30 pagi)
Lokasi: Masjid Negeri Shah Alam, Selangor
Tajuk kuliah: Selamatkan Dzuriat Kita - 'Aqidah, Syariat dan Akhlaq.
Pengenalan Ringkas - Syaikh Rohimuddin bin Nawawi al-Bantani.
Beliau dilahirkan pada 8hb Oktober 1965 di Bekasi, Indonesia. Dan merupakan cucu saudara kepada seorang ulama alam Melayu yang terkenal di Mekah iaitu asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Jawi al-Bantani atau Syaikh Nawawi Bantan.
Syaikh Rohimuddin mendapat pendidikan awalnya di Pesantren Cirebon Jawa Barat. Seterusnya di Pesantren Lirboyo. Beliau seterusnya melanjutkan pelajarannya ke Universitas Syarif Hidayatullah di Jakarta. Kemudian beliau ke Universiti al-Azhar, Mesir untuk meneruskan pengajiannya. Selain belajar secara formal, beliau juga belajar secara tidak formal dengan para ulama yang terkenal di Indonesia, Mekah dan Mesir.
Antara guru-guru beliau adalah:-
- Ayahanda beliau sendiri – Kiyai Nawawi
- Kiyai Maemun Zuber
- Al-Marhum Kiyai Mahrus Ali
- Al-Marhum Kiyai Umar Sholeh
- Al-Marhum Kiyai Aqiel Siraj
- Al-Marhum Kiyai Syadzeli
- Al-Marhum Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani
- Syaikh Yusuf al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi
- Syaikh Umar Hasyim
- Al-Marhum Syaikh Mutawalli Asy-Sya'rawi
- Al-Marhum Syaikh Zaki Ibrahim
- Syaikh Ibrahim Al-Khuli
- Dr Saad Jawis
- Al-Marhum Syaikh Gad al Haq
- Syaikh ‘Abdullah
- Syaikh Dr Ali Jum’ah (Mufti Besar Mesir)
- Dan ramai lagi ulama’.
Buat masa ini beliau adalah merupakan antara tenaga pengajar merangkap pengetua di Darul Hasani di Mesir, dan merupakan khalifah (muqaddam) kepada Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani dalam thariqah asy-Syadhuliyah ad-Darqowiyah. Di samping itu, beliau juga giat memberi ta'lim kepada anak-anak Malaysia dan Indonesia yang menuntut di Mesir, di rumah-rumah dan di tempat-tempat organisasi mereka. Beliau juga sering menjadi tenaga pengajar jemputan di pelbagai pesantren dan organisasi. Sering berulang alik dari Mesir - Asia Tenggara untuk memberi tarbiyah dan pengajian khususnya di bidang tasawwuf kepada Ahbab al-Hasani di Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Selain dari mengajar, berdakwah, beliau juga aktif di dalam penulisan. Beliau telah menulis beberapa buah buku di dalam siri pengenalan ilmu tasawuf.
Selasa, 18 Ogos 2009
Selasa, 11 Ogos 2009
Pengajian Bulanan Bersama Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam di Bandar Baru Salak Tinggi

Tarikh: 25 Sya'ban 1430/ 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 9 pagi - 12 tengahari
Tempat: 15, Jalan Vista 2/1, Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi
Kitab: Kiamat Hampir Tiba
Maklumat lanjut sila hubungi Pak Su Ridwan 019-6689885
Isnin, 10 Ogos 2009
Ceramah: Tuan Guru Abdul Hamid Haji Daud al-Fathoni (Pondok Seligi, Kelantan)

Tarikh: 25 Sya'ban 1430/ 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: Selepas sholat Maghrib
Lokasi: Surau Sri Baiduri, Ukay Perdana 4
Sabtu, 8 Ogos 2009
Pengumuman: Perubahan Tempat Pengajian Syaikh Nuruddin Dari Masjid Wilayah ke Masjid Negara
Jumaat, 7 Ogos 2009
Ahad, 2 Ogos 2009
Langgan:
Catatan (Atom)