Jumaat, 21 Mei 2010

Khamis, 13 Mei 2010

Habib Ali Batu Pahat Telah Kembali KerahmatuLlah


إنا لله وإنا إليه راجعون

Baru sebentar tadi dapat sms yang membawa khabar sedih iaitu seorang auliyaUllah, al-'Arifbillah al-Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad bin 'Abdul Qadir al-Aydrus Batu Pahat telah kembali kerahmatuLlah pada jam lebih kurang 5.10 petang, 28 JumadilUla 1431H/ 13 Mei 2010. Allahu Allah ... setelah 40 hari pemergian al-Quthub al-Iman al-Allamah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf. Belum lagi terubat kesedihan atas pemergian al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, kini menyusul pula al-Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad bin 'Abdul Qadir al-Aydrus, Batu Pahat (pada usia lebih kurang 97 tahun). Allahu Allah ...... Tahun ini merupakan kesedihan buat warga BaAlawi.

Musibah! Musibah! Musibah buat umat apabila kekasih-kekasihNYA satu persatu kembali kepadaNYA

Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim. [Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi]




الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين و الشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمين

Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-Faatihah dan surah Yaasin kepada beliau.



P/S: Sesiapa yang ingin sertai Syarikat Maknawiyyah (membaca al-Quran khatam 30 juzuk dan pahalanya dihadiahkan kepada al-Habib 'Ali bin Ja'far al-Aydrus, maka silalah mendaftar disini. Syarikat ini telah lama beroperasi antaranya sewaktu kewafatan Tuan Guru Hj Wan Muhammad Shahgir, Dato Ishak Baharom dll. Penyertaansaudara/ri, tuan-tuan dan puan-puan sangat-sangat dialu-alukan.



Rabu, 12 Mei 2010

Majlis ilmu

عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر

Majlis Maulid Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan 40 hari kewafatan al-'Allamah al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad as-Seggaf bersama al-Habib Umar al-Jailani dari Makkah dan al-Fadhil Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki

Tarikh: 28 JumadilUla 1431/13 Mei 2010 (Khamis)
Lokasi: Masjid Darul Ehsan, Taman TAR
Masa: Maghrib

************************************

Ceramah: 'Amalan Bertawassul Dari Kacamata Ahlussunnah wal Jama'ah
Tarikh: 29 JumadilUla 1431/14 Mei 2010 (Jum'at)
Masa: Maghrib
Lokasi: Masjid as-Shobirin, Jalan AU 5D/6, Taman Lembah Keramat, 54200 Kuala Lumpur
Penceramah: Ustaz Ahmad Faidzurrahim


************************************

Majlis Pengajian di Pusat Pengajian Ba'alawi, No.9, Jalan UP 2A, Prima Ukay, Saujana Melawati (Belakang Zoo Negara)


Acara: Majlis Ta'lim Khusus Bersama al-'Alim al-'Allamah Syeikh Syukri Unus (guru kepada KH Ahmad Fahmi Zamzam) dan KH Ahmad Fahmi Zamzam
Tarikh: 1 JumadilAkhirah 1431H/ 15 Mei 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi
Kitab:


************************************

Majlis Sambutan Maulidurrasul صلى الله عليه وآله وسلم dan Haul asy-Syeikh 'Abdul Qadir al-Jailani رضي الله عنه


Tarikh: 1 JumadilAkhirah 1431/ 15 Mei 2010
Masa: 5.00 petang - 9.00 malam
Lokasi: Masjid Negara, Jalan Perdana Kuala Lumpur
Anjuran: Al-Wariseen Trust & Darul Jailani International
Jemputan: Prof Dr. Ahmad Obied al-Kubaisi (Iraq & UAE), al-Mukarram al-Faqih al-Habib 'Umar Hamid al-Jailani (ulama Makkah), al-Mukarram Sayyid 'Abbas bin Sayyid 'Alawi bin Sayyid 'Abbas bin Sayyid 'Abdul 'Aziz al-Hasani al-Maliki (ulama Makkah), al-Mukarram al-Habib Hasan bin Muhammad bin Salim al-'Atthas (S'pore), Prof Dr. Ahmed Omar Hasyim (ulama al-Azhar, Mesir) dan Dr Muhammad Uthman El-Muhammady (ISTAC, Malaysia), Syeikh Syukri Unus (Indonesia)

************************************

Majlis Bersama Ulama Mesir, Shohibul Fadhilah asy-Syeikh Dr. Ahmad Umar Hasyim, Mantan Rektor Universiti al-Azhar

Tarikh: 3 JumadilAkhirah 1431H/ 17 Mei 2010 (Isnin)
Masa: Maghrib
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya


************************************