Rabu, 28 Disember 2011

Pengajian Kitab Sairus Salikin dan Hikam Ibn 'Athoillah Bersama KH Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi

Untuk makluman:
Pengajian Kitab Sairus Salikin di Masjid al-Falah, USJ9 Subang Jaya akan diadakan pada hari Ahad 1/1/2012. Bermula jam 10.00 pagi

Manakala pengajian Kitab Hikam Ibn 'Athoillah akan diadakan di Pusat Pengajian Ba'alawi, Kemensah pada hari Ahad, 1/1/2012 bermula selepas Maghrib


Sekian
Abu Zahrah - Jitra,Kedah Darul Aman

Khamis, 22 Disember 2011

Pengajian Kitab al-Azkar dan Riyadhus Sholihin Bersama Ustaz Zainul Asri bin Haji Romli di Masjid al-Falah USJ 9 pada 25 Disember 2011

Ahad ini, 25 Disember 2011 akan diadakan Kuliah Ustaz Zainul Asri.
Jam 9.30 pagi hingga 1.00 tgh hari.
Beliau akan menghuraikan Kitab Riyadhus Sholihin dan Kitab Al-Azkar
Semua Muslimin dan Muslimat di jemput hadir. Insya Allah.

Sumber: Facebook Masjid Al-Falah USJ 9. 

Selasa, 20 Disember 2011

Jom Ke Majlis Kinrara Bershalawat Pada 25 Disember 2011


عطر فمك بالصلاة على النبى صلى الله عليه وآله وسلم


Sabtu, 17 Disember 2011

Jom Pakat Dok Bersama 'Ulama di Majlis Mahabbah bersama Ulama Thurath





InsyaAllah ulama yang akan hadir:
  1. Tuan Guru Hj Salleh Musa Pondok, Sik
  2. Tuan Guru Hj Ahmad, Kuala Nerang 
  3. Tuan Guru Hj Thoyyib, Baling
  4. Tuan Guru Hj Wahab Hassan/Awang Lanai
  5. Tuan Guru Hj Abdullah , Bukit Lada
  6. Tuan Guru Hj Zakaria, Jeneri
  7. Tuan Guru Hj Izuddin, Pendang
  8. Tuan Guru Abd Rahim, Pendang
  9. Tuan Guru Hj Yussuf, Pendang
  10. Tuan Guru Hj Abd Karim, Dala Fathani Thailand
  11. 3 Orang ulama tua dari Fathani, 2 Orang dari Singapura .
Insyallah kita akan menjemput Pak Su Mid Kuala Nerang dan Pak Teh Mad Isa

Insyallah lebih dari 15 ulama Tua akan hadir , samalah kita doa agar mereka sihat dan dapat hadir dalam majlis ini bersama- sama kita .

Jumaat, 9 Disember 2011

Jadual Pengajian Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari di KL/Sel - Muharram 1433/ Dis 2011


Jadual Pengajian di Kelantan dan Johor (Terkini)

24 Muharram/20 Dis - 1 Shafar/26 Disember : Daurah di Ma'had Tahfiz Repek, Pasir Mas, Kelantan

3 Shafar/28 Disember (Rabu)
  •  Shubuh di Surau Ibnu Sina, Jalan Merak 8, Bandar Putra, Kulai.
  • Daurah di Madrasah 'Arabiah Keluang. Bermula jam 6.00 pagi hingga 5 petang (asar).
  • Maghrib di Surau al-Hidayah, Jalan Jati, Bandar Putra, Kulai, Johor.

4 Shafar/29 Disember (Khamis): Bersama santri Pondok az-Zein al-Makkiy, Bandar Putra, Kulai, Johor.
  • Kuliah Shubuh di Surau Ibnu Sina, Jalan Merak 8, Bandar Putra, Kulai.
  • 9.00 pagi - 5.00 petang: Daurah dan pengajian di Pondok Az-Zein (di rumah Ustaz Muhammad James, Mudir Pondok az-Zein, Bandar Putra)
  • Maghrib di Surau al-Hidayah, Jalan Jati, Bandar Putra, Kulai, Johor.
5 Shafar/30 Disember (Jumaat): 
  • Shubuh - Ashar Daurah di Masjid UTM Skudai
  • Maghrib di Surau al-Hidayah, Jalan Jati, Bandar Putra, Kulai, Johor.
6 Shafar/31 Disember (Sabtu): 
  • Shubuh di Surau Jauharul Muttaqin, Taman Mutiara Rini, Skudai.


Jadual tertakluk kepada pindaan. Keterangan lanjut, sila hubungi 
Ustaz Muhammad James 'Abdullah al-Almany, 
Penyelaras Program Syeikh Nuruddin di Malaysia, 
di talian +6012 784 4697 



Isnin, 31 Oktober 2011

Majlis Mawlid Mingguan dan Pengajian Kitab Wasaail al-Wushuul ila Syamaail ar-Rasul صلى الله عليه وآله وسلم

Majlis Mawlid Mingguan dan Pengajian Kitab Wasaail al-Wushuul ila Syamaail ar-Rasul صلى الله عليه وآله وسلم oleh Ustaz Mahdi al-Hamid

Pada setiap hari Khamis malam Jum’at bertempat di Madrasah Tazkiyyah/Madras Nur, 36, Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Jom hadiri beramai-ramai. Pembacaan kitab Wasaail al-Wushuul ila Syamaail ar-Rasul صلى الله عليه وآله وسلم ditetapkan oleh Guru Mulia Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. 

Bagi memberi peluang kepada mereka yang bekerja untuk bersama-sama dalam majlis mawlid dan pengajian yang penuh keberkatan ini maka, majlis bermula jam 8.30 malam.

Kata pepatah Melayu: Tak Kenal Maka Tak Cinta!
 
Kitab asal dalam bahasa 'Arab

Versi terjemahan (ringkas) dalam Bahasa Malaysia oleh Uztaz Syed Ibrahim bin Syed Ahmad al-Yahya
Terjemahan versi Indonesia ( lebih lengkap)
Syarah kepada Kitab Wasail oleh Syeikh 'Abdullah bin  Sa'id al-Lahji


Bagi yang bertanya tentang alamat tempat pengajian dan pelan lokasinya, maka boleh lihat dibawah

No. 36, Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, Kuala Lumpur


Jumaat, 21 Oktober 2011

Penangguhan Program Syeikh Nuruddin di KL/Selangor

PERHATIAN: SEMUA PROGRAM SYEIKH NURUDDIN DI KL/SELANGOR YANG TELAH DIJADUALKAN DITANGGUHKAN. DAN DAURAH KITAB DI MASJID AS-SALAM BUKIT SENTOSA/BUKIT BERUNTUNG DITUNDA PADA TARIKH 29 & 30 OKTOBER 2011 (SABTU DAN AHAD) - HARAP MAKLUM.


Selasa, 11 Oktober 2011

Jom Ngaji: DAWRAH THAQAFI 'ILMIYYAH UKM 2011

MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI Dar Ta'lim Al-Munawwarah
atau Facebook Dar Ta'lim Al-Munnawwarah

  Pengajian kitab Faridah di sampaikan oleh Syeikh Azhar bin Hasyim  yang berlangsung  semalam 11 Oktober 2011

Sabtu, 1 Oktober 2011

PROGRAM DAN MAJLIS-MAJLIS SEMPENA PERINGATAN KEWAFATAN IMAM AL-HADDAD YANG KE-300 TAHUN DI MALAYSIA

Sila dapatkan jadual terkini di al-Hawi


Forum Perdana


Sempena Majlis2 Haul di sekitar negara, Forum Perdana ini dilangsungkan di beberapa tempat pada siang harinya sebelum Majlis Haul bermula pada petang yang sama.  Pada Majlis Haul Kemuncak hari Sabtu 8 Oktober 2011, akan dilangsungkan Forum Perdana juga di Masjid Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam mulai jam 10:00 pagi.

Dalam program ini, ulama' jemputan dari dalam dan luar negara akan membentangkan kertaskerja berkenaan cara hidup bimbingan Rasulullah s.a.w. yang diamalkan turun temurun dari zaman salaf assaleh dahulu.  Pada sessi soal-jawab berikutnya, para hadirin dapat membuka peluang diskusi dengan membentangkan soalan atau kumusykilan yang bakal memanfaatkan umum.

Terkini: Dawrah Bersama Al-Habib Zain bin Ibrahim bin Semait


Oleh kerana Al-Allaamah Habib Zain bin Ibrahim bin Semait dilanda keuzuran, maka Program Dawrah yang dirancangkan terpaksa ditangguh ke suatu masa hadapan. 

Sila pantau www.alhawi.net untuk keterangan lanjut dan sila emailkan sebarang soalan  berkaitan kepada ar@alhawi.net juga.

Isnin, 19 September 2011

KULIAH DAN DAURAH KITAB BERSAMA SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI - SYAWAL 1432/SEPTEMBER 2011

Kuliah dan Dawrah Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
Syawal 1432/September 2011

1 - Khamis, 24 Syawal 1432/ 22 September 2011 - Kuliah Maghrib di Masjid Nur Sa'adah, Cheras

2 - Ahad, 27 Syawal 1432/ 25 Septermber 2011 - Ceramah Perdana selepas Maghrib di Masjid al-Azim, Pandan Indah (sila lihat poster)

3 - Jum'at ~ Ahad, 25 - 27 Syawal 1432/ 23 - 25 September 2011 - Dawrah di Masjid as-Salam Bukit Sentosa, Rawang (sila lihat poster)  - Maklumat terkini tiga buah kitab akan dibaca iaitu al-Awaa`il wa al-Awaakhir wa al-Asaanid, al-Yaaquut an-Nafiis dan La Tahqiranna minal Ma'ruufi Syai-aa.



Ahad, 14 Ogos 2011

Siri Pengajian dan Diskusi Kitab Bersama Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

InsyaAllah kitab yang akan di diskusi adalah kitab al-Mujarrabat al-Makkiyyah iaitu kitab terbaru Syeikh.


Ahad, 7 Ogos 2011

Pengajian Kitab dan Tazkirah Ramadhan Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki Sepanjang Ramadhan 1432

Jadual tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan akan diberitahu. Sila layari blog ini dari masa ke semasa. Jadual adalah berdasarkan maklumat dari penyelaras pengajian Sheikh Nuruddin di KL/Selangor. Sila kilk pada poster untuk paparan lebih jelas. Dan sila sebarkan maklumat awal ini.  Sekian. Terimakasih.



Rabu, 3 Ogos 2011

Majlis Ihya Ramadhan di Madrasah at-Tazkiyyah (1 - 17 Ramadhan 1432H)


Ikuti setiap pagi (sehingga 17 Ramadhan) pengajian kitab Syarah 'Ainiyyyah karya al-Imam al-Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi (murid dari al-Imam al-Haddad) bersama Habib Mahdi al-Hamid di secara online dan juga rakaman di sini


Khamis, 21 Julai 2011

Khusus Untuk Muslimat: Pengajian Umum Bersama Ustazah Nurulhuda (Alina) al-Munawwar Dari Semarang Indonesia di Masjid al-Ehsan, Bandar Kinrara


InsyAllah majlis bersama Ustazah Nurulhuda al-Munawwar
Jumaat (22/07/2011):
3pm:Masjid Al Islah Kota Seriemas, Nilai(Ramadhan Al Kareem)
8pm:Masjid Al-Falah USJ 9,(Duhai Annaku, Imam Al Ghazali)

Sabtu (23/07/20110):
9.30am:Masjid Al-Ehsan, Bdr Kinrara, Puchong(Ramadhan Al Kareem)
2.30pm:Baitul Faliq, 108, Pinggiran Za'aba, TTDI(Burdah Imam Busiri)

Ahad (24/01/2011):
10am:Kediaman Puan Zarina, 35, Jln BU 1/1, Bdr Utama(Tasawuf & Figih)

Isnin, 18 Julai 2011

MAJLIS BERSAMA AL-HABIB KADZIM BIN JA’FAR AS-SEGGAF DARI TARIM, HADRAMAUT

Bagi yang bertanya bagaimana untuk ke Madras Nur ...... sila lihat disini

BIODATA RINGKAS
  • Nama : Al-Habib Musa al-Kazim bin Ja’far bin Muhammad as-Seggaf
  • Lahir : Tarim , Hadramaut, Yaman pada tahun 1960M
  • Menghafaz al-Qur'an dan lain-lain ilmu yang berkaitan d Bandar Tarim daripada para Masyayih dan para Habaib di sana , khususnya di pusat pengajian al-Quran Abi Murayyim[1], di Ribath Tarim[2] .
  • Seterusnya mendalami ilmu agama dengan bertalaqqi di hadapan para ulama di Ribath al-Baidha’, Kota al-Baidha’, Yaman.
  • Apabila pulang ke Tarim, diberi tanggungjawab yang berat memimpin Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa , cawangan Bandar al-Syihr[3], selama 6 tahun .
  • Seterusnya melebarkan dakwahnya mengajar di Ribath ar-Raudhah dan Ribath an-Nuur di Bandar Mukalla[4]
  • Sekarang ini menjadi guru di Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa, Kampus Induk di Tarim . Juga sebagai ahli jawatankuasa Ifta’ di sini .
  • Beliau sering dijemput ke luar negara bagi menyampaikan dakwah yang mulia di majlis-majlis ceramah, multaqa’, seminar dan sebagainya di serata dunia . Antaranya sering ke Negera-negara Eropah seperti Britain, Jerman dan lain-lain, Amerika, Norway, Negara-negara benua Afrika dan Asia Tenggara.
  • Tidak ketinggalan juga, mengarangkan kitab agama bagi menyebarluaskan kebenaran Islam ke seluruh pelusuk Dunia .
-------------------------------------------------

[1] Abi Murayyim : Terkenal sebagai pusat pengajian al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya (seperti Tajwid, Qiraat dan sebagainya) . Terletak di Bandar Tarim. Telah diasaskan lebih daripada 100 tahun yang lalu. Melahirkan ramai penghafaz al-Quran khas di kalangan para Ulama.

[2] Didirikan pada tahun 1304H (1886M). Dipimpin oleh Mudir yang pertamanya: al-Habib Abdurrahman bin Muhammad al-Masyhur, kemudian al-Habib Abdullah bin Umar asy-Syathiri, seterusnya al-Habib Hasan bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri dan kini dipimpin oleh al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri. Dibina di tengah-tengah Bandar Tarim menjadi tumpuan ahli ilmu bagi mendalaminya. Melahirkan puluh ribuan ulama yang bertebaran diseluruh pelusuk dunia.

[3] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut.

[4] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut.

Sumber: Masjid al-Falah

Sabtu, 2 Julai 2011

Program Periwayatan Shahih al-Bukhari dan Sunan Abu Daud di Pondok Tampin

PROGRAM PERIWAYATAN

KITAB HADITS

SHAHIH AL- BUKHARI DAN SUNAN ABU DAUD

PADA HARI AHAD, 22 SYA'BAN 1432/24 JULAI 2011
(MAJLIS SAMBUTAN DIADAKAN PADA 21 SYA'BAN 1432/23 JULAI 2011 (SABTU MALAM AHAD)
BERTEMPAT DI PONDOK TAMPIN, JALAN PADANG RAGUT, REPAH, NEGERI SEMBILAN, DARUL KHUSUS


 BERSAMA 
SYEIKH 'ABDUL HADI AL-KHARSAH
 
KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI BLOG PONDOK TAMPIN

Selasa, 28 Jun 2011

Jadual Program Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani

 
JADUAL MAJLIS TA'LIM AL-MUHADDITS SYEIKH MUHAMAD BIN IBRAHIM KITTANI AL-HUSAINI
29/6 (RABU) - 7.30pm - Masjid al-Falah, USJ
30/6 (KHAMIS) - 7.30pm - Masjid UIA (Matrikulasi), Petaling Jaya
1/7 (JUMAAT) Khutbah Jumaat - Masjid UIA Gombak
9.00pm - Pusat Pengajian Ba'alawi KL (Pembukaan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani)
2/7 (SABTU)
9.00am - Sambungan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani
7.30pm - Sambungan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani
3/7 (AHAD)
9.00am - Sambungan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani
7.30pm - Pengkhataman & Pengijazahan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani, Qasidah & Selawat
Pengajian Bacaan Kitab "40 Hadith Kattani" berlangsung di tempat yang sama di Pusat Pengajian Ba'alawi KL bertempat di No 9,Jalan UP 2A Prima Ukay, Saujana Melawati 53100, Kuala Lumpur.

Ahad, 26 Jun 2011

Majlis Bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani di Masjid al-Falah, USJ9




MAJLIS BERSAMA AL-’ALLAMAH SYEIKH MUHAMMAD BIN IBRAHIM  AL-KITTANI حفظه الله (ULAMA MESIR)
DI MASJID AL-FALAH USJ 9, SUBANG JAYA
PADA HARI RABU 27 RAJAB 1432/29 JUN 2011 (MAGHRIB)
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR