Khamis, 7 Oktober 2010

Jom Ke Taman Syurga .....

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم
Apabila kalian melalui suatu taman syurga, maka hendaklah kalian berhenti. Mereka bertanya: Apakah taman syurga itu, wahai Rasulullah? Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: Halaqah dhikir (Hadits riwayat at-Tirmidhi)

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم
لا يقعد قوم يذكوون الله تعالى إلا حفتهم الملا ئكة، وغشيتهم الرحمة، ونزلت عليهم السكينة، وذكرهم الله فيمن عنده
Ertinya: Tidaklah suatu kaum duduk berdhikir kepada Allah Ta’ala, melainkan mereka akan dikelilingi oleh para malaikat dan akan dilimpahi rahmat serta akan diturunkan ke atas mereka ketenangan dan Allah akan menyebut mereka di hadapan para malaikatNya (Hadits riwayat Muslim)

أن النبي r خرج على حلقة من أصحابه فقال: ما يجلسكم؟ قالوا: جلسنا نذكر اللهَ ونحمده. فقال: إنه أتاني جبريل، فأخبرني أنّ الله يباهي بكم الملائكة
Ertinya: “Bahawa suatu ketika Nabi صلى الله عليه وآله وسلم keluar dan melalui suatu halaqah dari para shahabatnya. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Apakah yang menyebabkan kalian duduk beramai-ramai? Para shahabat رضي الله عنهم menjawab: Kami berdhikir serta memuji Allah. Maka Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Sesungguhnya Jibril عليه السلام telah datang kepadaku dan mengkhabarkan kepadaku bahawasanya Allah Ta’ala membanggakan kalian di hadapan para malaikatNya (Hadits riwayat Muslim)

مامن قوم اجتمعوا يذكرون الله لا يريدون بذلك إلا وجه تعالى إلا ناداهم مناد من السماء: قوموا مغفورا لكم، قد بدلت سيئاتكم حسنات
Ertinya: “Tidaklah suatu kaum yang berkumpul untuk berdhikir kepada Allah Ta’ala, (yang mana mereka) tidak menginginkan sesuatu kecuali keredhaanNya, melainkan ada suara yang menyeru mereka dari langit: Berdirilah kalian dalam keadaan diampunkan kesalahan kalian, sesungguhnya keburukan yang kalian lakukan telah digantikan dengan kebaikan. (Hadits riwayat Ahmad, ath-Thabarani dan Abu Ya’la)

Ingin saham akhirat? Cetak poster ini dan sebarkan di masjid, surau dan pejabat anda. Atau emailkan poster ini kepada rakan taulan anda. Atau tagkan poster ini untuk rakan-rakan FB anda.  InsyaAllah, orang yang menunjuk atau mengajak kepada kebaikan akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda dariNYA!

Jadual Program Guru Mulia Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz حفظه الله di Malaysia (TERKINI)

Jadual adalah tertakluk kepada perubahan

Rabu, 6 Oktober 2010

Majlis Pengijazahan Sanad Kutub Sittah oleh Sayyid Salman al-Husaini, Syeikhul Hadits Nadwatul Ulama, Lucknow India (Update)

Tarikh: 1 Dhulqaedah 1431/9 Oktober 2010 
Masa: Selepas Maghrib

Lokasi: Majlis Pengajian di Pusat Pengajian Ba'alawi, No.9, Jalan UP 2A, Prima Ukay, Saujana Melawati (Belakang Zoo Negara)

Acara: Majlis Pengijazahan Sanad Kutub Sittah oleh Sayyid Salman al-Husaini, Syeikhul Hadits Nadwatul Ulama, Lucknow India (hadir sama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Nadwi

Majlis Sama’ Kitab Hadits Bersama Allamah Al- Muhaddis Syeikh Muhammad Ibn Ibrahim Abdul Ba`ith al-Husaini al-Kittani

Muslimin danMuslimat di Utara Semenanjung (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara) khasnya dan seluruh Malaysia amnya dijemput untuk mengikuti pengajian hadits bersama ulama hadits terkenal dari Iskandariah, Mesir iaitu
Allamah al-Muhadits Sayyid Muhammad Ibrahim Abdul Ba’ies al-Husaini al-Kittani
Sila lihat jadual (untuk paparan lebih jelas, sila klik pada poster)

Untuk maklumat/keterangan lanjut hubungi Cikgu Sukarno (019-5987842) / Ustaz Akhiyari (016-4426224)
Majlis Sama' Ahadis Kutub Sittah sempena pembukaan MAAHAD DARUL HADIS

مجلس سماع احاديث الكتب الستة

8 Oktober 2010 (Jumaat)
2.00 ptg : Ketibaan Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Husaini Al-Kattani di KLIA
8.45 mlm : Ketibaan Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Husaini Al-Kattani di Alor Setar Airport


9 Oktober 2010 (Sabtu)
10.00 pg : Ramah mesra Ahbab Al-Kattani & Lembaga Tadbir Darul Hadis
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 1 di Masjid Al-Muttaqin, Bandar Darul Aman.

10 Oktober 2010 (Ahad)
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 2 di Masjid Bakar Arang, Sungai Petani.

11 Oktober 2010 (Isnin)
9.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 3 di Dewan Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 4 di MPI Kodiang (Pondok Syeikh Badarudin).


12 Oktober 2010 (Selasa)
2.30 ptg : Muhadhoroh di Yayasan Khairiah, Kupang, Baling.
Ziarah Maqam Al-Marhum Ustaz Suhaimi Hj. Ahmad (Pengasas Darul Hadis)
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 5 di Masjid Jamiul Makmur, Kulim.

13 Oktober 2010 (Rabu)
10.00 pg : Muhadhoroh di Maahad Tarbiah Islamiah, Derang.
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 6 di Maahad Imam Nawawi, Tmn. Jali, Kangar, Perlis.

14 Oktober 2010 (Khamis)
10.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 7 di Masjid Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena.
Ziarah Maqam Us. Fadhil Mohd Nor (Pengasas Darul Ulum)
4.00 ptg : Pengijazahan Aurad Al-Kattani di Masjid Sg. Daun Tengah, Smpg 3 Sg. Limau.
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 8 di Kompleks Al-Bukhari, Alor Malai.

15 Oktober 2010 (Jumaat)
8.30 pg : Kuliah Hadis PAKSI di Dewan Sri Mentaloon (Kediaman MB Kedah)
& Pelancaran Pengajian Maahad DARUL HADIS Bersama :
- Allamah Imam Al-Muhaddis Sayyid Muhamad Ibrahim Al-Kattani &
- Syeikh Nuruddin Marbu Banjar Al-Makki
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 9 di Masjid Bertam, Kepala Batas, P.Pinang.

16 Oktober 2010 (Sabtu)
10.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 10 di Maktab Perguruan Tunku Bainun, B.Mertajam.
4.30 ptg : Majlis Sama' Ahadis 11 di Pusat Islam USM.
8.00 mlm : Ceramah di Pusat Islam USM P.Pinang
Tajuk : Manhaj Aqidah Ahlus sunnah wal Jamaah & Soal Jawab

17 Oktober 2010 (Ahad)
10.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 12 di Kompleks Tabung Haji P.Pinang (PAKSI).
4.30 ptg : Wida' di Airport Bayan Lepas, P.Pinang
Sumber: Pondok Tauhid Blogspot

Selasa, 5 Oktober 2010

Jadual Program Tafaqquh Fiddin Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki - Oktober 2010M/Syawwal-Dhulqaedah1431H


Jadual Program Tafaqquh Fiddin Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki - Oktober 2010M/Syawwal-Dhulqaedah1431H

Tarikh: 27 Syawwal 1431/6 Oktober 2010 (Rabu)

Masa: 7.30 malam
Lokasi: Musholla Imam asy-Syefie, Taman Jali, Kangar, Perlis




Tarikh: 1 Dhulqaedah 1431/9 Oktober
Masa: 8.00 pagi - 10.30 malam
Lokasi: Ma'had Tarbiah Islamiah, Derang, Kedah
[Pertemuan mahabbah dan bacaan kitab terbaru karangan Sh. Nuruddin dan pelancaran Ikatan Murid-murid Syeikh Nuruddin di akhir majlis. Pada jam 11.00 pagi ada pertemuan dengan Maulana Salman al-Husaini (murid al-Marhum Sayyid Abul Hasan an-Nadwi). Beliau adalah merupakan Syeikhul Hadits dari Nadwatul Ulama, Lucknow India]


Tarikh: 2 Dhulqaedah 1431/10 Oktober 2010
Masa: Bermula jam 3.00 petang
Lokasi: Surau an-Nur, Bandar Seremban Selatan
Kitab: Minhaj ath-Tholibin (Fiqih)

Isnin, 4 Oktober 2010

Majlis Sambutan Haul Imam al-Haddad Bagi Tahun 1431H/2010M


Manaqib Imam 'Abdullah al-Haddad رضي الله عنه boleh dibaca disini

* Masjid-masjid ini (rujuk ZON SENTRAL SAHAJA) akan dihadiri oleh semua para ulama termasuk tetamu utama (Habib Zein Bensumaith, Habib Umar Benhafidz, Habib Kazim dan lain-lain)

Berikut adalah senarai penuh  para habaib dan ulama jemputan :
1) Habib Zain bin Semait (Madinah al-Munawwarah)
2) Habib Umar bin Hafidz (Darul Mustafa, Yaman)
3) Habib Abdullah Attas Al-Habsyi (Mekah al-Mukarramah)
4) Habib Munzir Al-Musawwa (Pimpinan Majelis Rasulullah, Jakarta)
5) Habib Kadzim Al-Seggaf (Tarim, Hadramaut, Yaman)
6) Habib Quraish Baharun (Jakarta)
7) Sheikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki (Yayasan Sofa)
9) Habib Najmuddin Al-Khirid (Shah Alam)
10) Habib Muhammad bin Alwi Al-Attas
11) Habib Soleh al-Jufri (Solo, Indonesia)