Rabu, 26 Januari 2011

Sambutan Maulid al-Rasul صلى الله عليه وآله وسلم di Baalawi KL Pada 20 dan 27 Februari 2011

قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ
فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُواْ
Katakanlah dengan kurniaan Allah dan rahmatNya, hendaklah (dengan itu) mereka bergembira




اشرق الكون ابتهاجا بوجود المصطفى احمد
و لأهل الكون انس وسرور قد تجدد

فاطربوا يا اهل المثاني فهزار اليمن غرد
و استضيئوا بجمال فاق في الحسن تفرد

و لنا البشرى بسعد مستمر ليس ينفد
حيث اوتينا عطاء جمع الفخر المؤبد

فلربي كل حمد جل ان يحصره العد
اذ حبانا بوجود المصطفى الهادي محمد

يا رسول الله اهلا بك انا بك نسعد
و بجاهه يا الهي جد و بلغ كل مقصد

و اهدنا نهج سبيله كي به نسعد و نرشد
رب بلغنا بجاهه في جواره خير مقعد

و صلاة الله تغشى اشرف الرسل محمد
و سلام مستمر كل حين يتجدد

Alam bersinar cemerlang bersukaria
Demi menyambut kelahiran Ahmad al-Musthofa
Penghuni alam bersukacita
Dengan kegembiraan yang berterusan selamanya

Wahai pengikut al-Quran, hendaklah kamu bergembira
Burung-burung turut berkicauan tanda suka
Keindahan baginda menerangi segalanya
Mengatasi segala keindahan tanpa ada bandingannya

Dan wajib kita untuk bergembira atas bahagia
Yang berkesinambungan selama-lama
Tatkala kita menerima anugerahNya
Anugerah yang menghimpun kebanggaan sepanjang masa

Maka bagi Tuhanku segala puji dan puja
Pujian yang tiada terkira-kira
Atas anugerahNya dengan wujudnya baginda
Kelahiran Junjungan Muhammad al-Hadi al-Musthofa

Ya Rasulullah, selamat datang ahlan wa sahlan
Sungguh denganmu kami beroleh kebahagiaan

Wahai Tuhanku, demi jah Nabi Junjungan
Kurniakanlah dan sampaikan segala maksud dan tujuan

Dan hidayahkanlah kami atas jalan Nabi Junjungan
Agar dengannya kami beroleh kebahagiaan dan pimpinan

Wahai Tuhan, sampaikanlah kami demi jah Nabi Junjungan
Di sisi baginda duduk berdampingan

Sholawat Allah dilimpahkan
Atas semulia-mulia rasul Nabi Junjungan

Beserta salam yang berkekalan
Sepanjang masa berubah zaman

Sabtu, 22 Januari 2011

Buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama - Inilah Jawapannya: Tempah Segera Sebelum Terlambat. Stok Terhad!

Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
 Di dalam buku ini, dikumpulkan persoalan-persoalan yang bersifat khilafiyyah. Walau bagaimanapun, terdapat juga persoalan tentang aqidah dan persoalan yang sudah diijma’kan oleh para ulama‘. Ia dimuatkan juga kerana ia sering dibangkitkan dalam masyarakat. Perkara-perkara yang sudah sekian lama diamalkan dalam masyarakat Islam di negara ini dan di dunia Islam amnya, sebenarnya mempunyai dasar dan dalil yang jelas yang dapat dipertanggung jawabkan. Tidaklah benar jika dikatakan ia tidak berdasarkan tuntutan Syariah, lebih-lebih lagi terkeluar dari landasan Islam. Di dalam buku ini, dibentangkan penjelasan para ulama’ muktabar terhadap perkara-perkara atau persoalan yang ditimbulkan, melalui rujukan mereka terhadap al-Qur’an, hadits, maupun sumber-sumber istinbath yang lain. Jika masih terdapat di kalangan mu’taridhin (golongan yang menentang amalan-amalan tertentu di dalam masyarakat) yang tetap dengan hujah dan pendapat mereka dalam permasalahan khilafiyyah ijtihadiyyah umpamanya, maka mereka dipersilakan untuk mengikut jalan mereka sendiri dan bukanlah bermakna jalan atau pendapat orang lain yang tidak sependapat dengan mereka salah.

Biodata ringkas penyusun buku ini: Beliau adalah Ustaz Muhadir bin Haji Joll. Berasal dari Kuching, Sarawak. Mendapat pendidikan awal di SRK Senari dan di SMK Agama Matang 2, Kuching. Mendapat ijazah Sarjana Muda (Al-Qur’an & Hadith) dan Sarjana (Tafsir al-Qur’an) dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Sedang menyiapkan tesis Phd dalam bidang Tafsir di Universiti Malaya. Sekarang bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabanga, Petaling Jaya.



Apa kata alim-ulama kita tentang buku ini?

Sahibus Samahah,Datu Haji Loling Othman bin Haji Alwi, Mantan Mufti Negeri Sarawak


“Buku yang bertajuk “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’: Inilah Jawapannya…” yang disusun dan ditulis oleh Yang Berbahagia, Ustaz Muhadir bin Haji Joll diterbitkan untuk dijadikan panduan kepada kaum muslimin. Saya dapati buku ini adalah baik dan bermanfaat kepada mereka yang berminat untuk mengetahui dalil-dalil dan hujjah-hujjah permasalahan yang tersebut menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.”

Dato‘ Haji Hashim Yahya, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Felo Kehormat Akademik, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Kehadiran buku “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’: Inilah Jawapannya…” adalah tepat pada masanya untuk menjawab persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan dalam masyarakat. Penyusun dan penulisnya, Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll, telah berusaha menjawab persoalan-persoalan ini dengan merujuk kepada penjelasan para ulama’ muktabar dan berwibawa dari kalangan mutaqaddimin dan muta’akhkhirin.”

Dato‘ Haji Wan Mohamad bin Dato‘ Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 
Kehadiran buku “Persoalan Khilafiyyah dan Pendirian Ulama’: Inilah Jawapannya…” adalah amat tepat pada masanya. Saya percaya ia akan menjadi rujukan yang sangat berguna dalam menjawab persoalan khilafiyyah yang ditimbulkan di dalam masyarakat. Tujuan penulisan buku ini pula seperti yang disebutkan oleh penulisnya, adalah sejajar dengan usaha JAKIM dalam memberi kefahaman Islam yang benar, di samping mempertahankan kesucian aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah dan mengekalkan keharmonian masyarakat.

Dato’ Haji Md. Saleh Haji Md. @ Ahmad,Timbalan Yang Di Pertua,Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM),Felo Kehormat Akademik, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sepanjang pengetahuan saya, inilah buku berbahasa Melayu paling lengkap yang pernah saya jumpa, yang menjawab hampir keseluruhan perkara-perkara yang sering ditimbulkan di dalam masyarakat terutamanya di dunia Melayu Islam. Tajuk-tajuk di dalam buku ini disusun dengan baik sekali bermula dari perkara-perkara yang melibatkan Aqidah sehinggalah kepada perkara Umum yang meliputi 117 tajuk keseluruhannya, beserta penjelasan daripada para ulama’ yang muktabar.

Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, Pemikir Islam/ Felo Amat Utama Akademik, Institut Pemikiran Antarabangsa dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 
Saya bersyukur kepada Allah dengan kesyukuran yang tidak terhingga kerana Ia telah mengurniakan taufiq dan hidayat kepada saudara yang mulia Ustaz Muhadir bin Haji Joll untuk menyediakan kitab yang sangat besar faedahnya dalam menerangkan masalah-masalah agama dalam masyarakat yang berjudul “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’: Inilah Jawapannya…

Jumaat, 7 Januari 2011

MAJLIS KHUSUS UNTUK MUSLIMAT BERSAMA ZAUJAH HABIB UMAR


6 Shafar 1432H/11 Januari 2011 (Selasa)
1) 9.00 pagi di Dewan Kuliah, Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya (terkini)
2) 4.00 petang di Sekolah Tinggi as-Sofa, Rembau, Negeri Sembilan

7 Shafar 1432H/12 Januari 2011 (Rabu)
1) 10.00 pagi di Masjid TAR, Ampang, Kuala Lumpur
2) 3.30 petang di kediaman Puan Hamidah, No.52, Jalan Seroja 13, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang


Penterjemah Ustazah Alina Al-Munawar (Semarang, lulusan Darul Zahra`)

Biodata singkat: Hubabah Nur binti Muhammad al-Haddar adalah isteri kepada Guru Mulia Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim. Beliau di lahirkan di Baidho`, Yaman. Merupakan anak kepada ulama besar di Baidho` dan pengasas kepada Ribath Baidho` yang juga guru kepada Guru Mulia Habib Umar. Hubabah Nur adalah pengasas dan pengetua Darul Zahra`, sebuah pusat pengajian khusus untuk muslimat yang terletak berhampiran dengan Darul Musthafa di Tarim, Hadramaut. Hubabah Nur banyak menjalankan aktiviti dakwah untuk muslimat di Tarim  dan luar negara.

MAJLIS INI KHUSUS UNTUK MUSLIMAT SAHAJA

Khamis, 6 Januari 2011

JADUAL TAFAQQUH FIDDIN BERSAMA SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI حفظه الله - SHAFAR 1432H/JANUARI 2011


10 SHAFAR/15 JANUARI 2011 (SABTU)
  • KULIAH MAGHRIB DI MASJID KOTA DAMANSARA
11 SHAFAR/16 JANUARI 2011 (AHAD) 
  • KULIAH SHUBUH  DI MASJID KOTA DAMANSARA; 
  • ZIKIR, MUNAJAT, TAUSIYAH, SOAL-JWB ISU SEMASA DI MASJID NEGERI SHAH ALAM SELANGOR (9.00 - 11.00 PAGI)
  • KULIAH MAGHRIB DI MASJID AT-TAQWA, TAMAN TUN DR. ISMAIL
12 SHAFAR/ 17 JANUARI 2011 (ISNIN)
  • KULIAH MAGHRIB DI MASJID AL-GHUFRAN, TAMAN TUN DR. ISMAIL
13 SHAFAR/ 18 JANUARI 2011 (SELASA)
  • WACANA ILMU DI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH – JAWI, 9.30 PAGI – 11.30 PAGI
  • KULIAH MAGHRIB DI SURAU SURADA, BANDAR BARU BANGI
14 SHAFAR/ 19 JANUARI 2011 (RABU)
  • WACANA ILMU DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN (9.30 – 11.30 PAGI)
  • KULIAH MAGHRIB DI MASJID PANDAN DALAM 

 MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

SEBARANG PERUBAHAN INSYAALLAH AKAN DIMAKLUMKAN. OLEH ITU SILA RUJUK/SEMAK JADUAL PROGRAM.

Isnin, 3 Januari 2011

MAJLIS BERSAMA MAULANA SAYYID SALMAN AN-NADWI DAN SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-BANJARI AN-NADWI. TAJUK BICARA: HIJRAH NABAWIYYAH DAN KESATUAN UMMAH


MAJLIS BERSAMA MAULANA SAYYID SALMAN AN-NADWI DAN SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-BANJARI AN-NADWI
PADA
HARI SELASA
29 MUHARRAM 1432H
BERSAMAAN
 4 JANUARI 2011M  (SELEPAS ‘ISYA`)
DI 
BAALAWI KL,
NO.9, UP 2A, PRIMA UKAY
SAUJANA MELAWATI, KUALA LUMPUR.

TAJUK BICARA: HIJRAH NABAWIYYAH DAN KESATUAN UMMAH
 MUSLIMIN SAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR

Pengajian Kitab Sairus Saalikiin Bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari

Sumber: Blog Masjid al-Falah