Isnin, 20 Ogos 2007

Majlis Pengajian Kitab Bersama Shaikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki



JADUAL PENGAJIAN KITAB BERSAMA
SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU
AL-BANJARI AL-MAKKI
28 OGOS - 12 SEPTEMBER, 2007



26/8 – 4/9/2007
(Kedah Darulaman)

26/8/2007 - Lepas Maghrib
Pondok Tuan Guru Hj Salleh Sik
Kitab: Kedudukan ilmu dan ulama

27/8/2007 - Lepas Maghrib
Masjid Bandar Darulaman (dulu orang panggil Tanah Merah, Jitra, Kedah :) )
Perasmian Daurah dan Majlis Nisfu Sya'ban

28/8/2007 - 4/9/2007
Masjid Yayasan al-Bukhari, Alor Malai, Kedah

9.00 pagi - 12.00 tengahari: Kitab Tahzibul Misykat dan Nashoih
Lepas Maghrib: Kitab - Hadits Riwayat 10 Shahabat

31/8/2007 - 9.00 pagi
PAKSI Sungai Petani.

___________________________________

6/9 – 7/9/2007
( Perak Darul Ridhwan)

6/9/2007 - INTIM
Lepas 'Asar dan Maghrib

7/9/2007
9.00 pagi - 12.00 tengahari: INTIM
Lepas Maghrib: Masjid Daerah, Kuala Kangsar

_____________________________________

8/9/2007 - 12/9/2007
(Selangor Darul Ehsan dan Negeri Sembilan Darul Khusus)

8/7/2007 (Sabtu)
Masjid Sultan Ahmad Shah, UIA, Gombak
9.00 pagi – 12.30 tengahari - Kitab Hadits Riwayat 10 Shahabat dan Nashoih

Lepas 'Asar - Kuliah Muslimat
Lepas Maghrib - Maulid dan Ceramah 'Marhaban Ya Ramadhan'

9/9/2007 (Ahad)
9.00 pagi – 12.30 tengahari
Masjid al-Falah USJ 9

Selepas ‘Asar
Masjid Jamek PD (Port Dickson), Negeri Sembilan.

10/9/2007
Selepas Maghrib - Masjid asy-Syakirin KLCC

11/9/2007
Selepas Maghrib - Masjid al-Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam

12/9/2007
Selepas Maghrib - akan ditentukan kemudian

Majlis Nur al-Mahabbah di Masjid Al-Azhar, Kolej Univerisiti Islam Antarabangsa Selangor


Muslimin dan Muslimat di jemput hadhir ke Majlis Nur al-Mahabbah

Tarikh: 23 Ogos 2007 (Khamis)
Waktu: 6.00 petang - 10.30 malam
Tempat: Masjid Al-Azhar, Kolej Univerisiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, 43000 Bangi, Selangor Darul Ehsan

Penceramah Undangan: al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa (Pemimpin Majelis Rasulullah saw, Jakarta)

Ajuran:Persatuan Mahasiswa Sarjana Muda (PERSADA), KUIS

Para 'ulama dan masyaikh akan turut diundang bagi menyerikan lagi majlis.



Tentatif Program :

6.00 petang: Ketibaan VIP dan tetamu
6.15 petang: Perarakan beramai-ramai
6.30 petang: Pembacaan Ratib Al-Haddad
7.30 petang: Sholat Maghrib - Pembacaan Maulid Addhiul Lami' Ceramah - Tayangan slide multimedia kreatif - Jamuan Makan
10.30 malam : Bersurai






Rabu, 15 Ogos 2007

Majlis Bersama Ulama di Masjid al-Falah, USJ 9, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya


AL-JILSAH MA’AL ULAMA
(MAJLIS BERSAMA ULAMA’)

Muslimin dan muslimat dijemput hadir kemajlis bersama ulama’ iaitu bersama pendakwah terkenal Habib Munzir bin Fuad al-Musawa

Tarikh: 11 Sya’ban 1428H / 24 Ogos 2007

Masa: Selepas Sholat Maghrib

Tempat: Masjid al-Falah, USJ 9, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya

________________________________________


Biodata ringkas Habib Munzir bin Fuad al-Musawa

Beliau adalah lulusan dari Institut Pengajian Darul Musthafa, Tarim, Hadralmaut, Yaman. Mendapat bimbingan langsung dari pengasas Darul Musthafa iaitu, al-‘Allamah Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Beliau kembali ke Jakarta dan mulai berdakwah pada tahun 1998 untuk mengajak masyarakat bertaubat dan mencintai Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan mengamalkan sunnahnya dan menjadikan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai qudwah hasanah.

Habib Munzir mula berdakwah siang dan malam dari rumah ke rumah sekitar Jakarta. Beliau sanggup tidur di mana sahaja, dirumah-rumah masyarakat, bahkan pernah tidur di anjung rumah orang kerana penghuni rumah tersebut sudah tidur beliau tidak mahu mengganggu mereka ketika larut malam.

Setelah usaha dakwahnya berjalan lebih kurang 6 bulan, Habib Munzir membuka majlis setiap malam selasa (mengikuti jejak gurunya al-Habib Umar yang membuka majlis mingguan setiap malam selasa). Seterusnya beliau memimpin Ma’had Assa’adah, yang diwaqafkan oleh al-Habib Umar bin Hud al-Atthas di Cipayung, Jakarta. Setelah setahun, Habib Munzir tidak lagi memimpin ma’had tersebut tetapi meneruskan giat usahanya dengan mengadakan majlis-majlis ceramah dan kuliah-kuliah ilmu disekitar Bandaraya Jakarta.

Maklumat lanjut tentang aktiviti dakwah beliau boleh didapati dengan melayari laman web beliau sendiri yang bernama MajelisRasulullah. Beliau juga pernah menyampaikan tazkirah ringkas sempena Majlis Bersama Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz yang diadakan di Masjid al-Falah pada 24 Mei 2007.

Selasa, 14 Ogos 2007

Majlis ilmu di Masjid al-Falah, USJ 9, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya




Pengajian/diskusi kitab bersama Shaikh Rohimuddin Nawawi al-Bantani (biodata beliau disini) akan diadakan pada:





Tarikh: 15 Ogos 2007/2 Sya'ban 1428
Masa: Selepas Sholat Maghrib
Tempat: Masjid al-Falah USJ 9

Tajuk Pengajian/diskusi: Pengenalan Kepada Ilmu Tasawuf (InshaAllah bahan diskusi akan diedarkan secara percuma)

Selasa, 7 Ogos 2007

Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Nabi صلى الله عليه وسلم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan/ Puan yang dimuliakan,

PENASIHAT, YANG DIPERTUA DAN AHLI JAWATANKUASA YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Y.B/Dato’/Tuan/Puan ke : MAJLIS SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ NABI صلى الله عليه وسلم



Tarikh : 11 Ogos 2007 bersamaan 27 Rejab 1428 Hijrah

Masa : Bermula dari jam 2.30 petang

Tempat : Madrasah al Hasaniah, Kampung. Bukit Sembilan, Km. 35 Jalan Seremban Tampin, 71350 Kota, Negeri Sembilan.

Majlis Sambutan ini akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Aturcara Majlis

2.30 petang

  • Ketibaan jemputan
  • Ketibaan YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad b. Hj. Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Bersama Yang Mulia Raja Datin Seri Salbiah bt Tengku Nujumuddin
  • Bacaan Doa/Al-Quran/Qasidah/Madaih
  • Ucapan Aluan Yang Arif Tuan Mohd Shukor Bin Sabudin
  • Taklimat Pembangunan dan Perancangan Yayasan Sofa Negeri Sembilan
  • Ucapan dan Perasmian Majlis Isra’ dan Mikraj serta Pelancaran Kitab Tafsir Surah Yasin oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
  • Penyampaian Cenderamata
  • Sholat Asar
  • Jamuan Ringan
  • YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan dan isteri meninggalkan majlis

5.30 petang
  • Ceramah Oleh Shohib al-Siyadah al-Fadhil Dato’ Syed Omar bin Syed Abdul Kadir al-Aidarus, Ahli Jemaah Pangkuan Negeri Terengganu.

7.30 malam

  • Sholat Maghrib
  • Bacaan Maulidur Rasul صلى الله عليه وسلم
  • Sholat Isyak
  • Ceramah Oleh Shohibus Samahah Dato’ Hj. Murtadza bin Hj. Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
  • Tazkirah dan Ceramah Oleh al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Muhammad ibn ‘Alawi ibn Abbas al Maliki al Hasani dari Makkah al Mukarramah.
  • Jamuan dan Majlis Bersurai

MUSLIMIN/MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BAGI MENAMBAHKAN LAGI KEBERKATAN DAN KEMERIAHAN MAJLIS INI

Untuk keterangan lebih lanjut sila dapatkan disini