Rabu, 15 Ogos 2007

Majlis Bersama Ulama di Masjid al-Falah, USJ 9, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya


AL-JILSAH MA’AL ULAMA
(MAJLIS BERSAMA ULAMA’)

Muslimin dan muslimat dijemput hadir kemajlis bersama ulama’ iaitu bersama pendakwah terkenal Habib Munzir bin Fuad al-Musawa

Tarikh: 11 Sya’ban 1428H / 24 Ogos 2007

Masa: Selepas Sholat Maghrib

Tempat: Masjid al-Falah, USJ 9, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya

________________________________________


Biodata ringkas Habib Munzir bin Fuad al-Musawa

Beliau adalah lulusan dari Institut Pengajian Darul Musthafa, Tarim, Hadralmaut, Yaman. Mendapat bimbingan langsung dari pengasas Darul Musthafa iaitu, al-‘Allamah Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Beliau kembali ke Jakarta dan mulai berdakwah pada tahun 1998 untuk mengajak masyarakat bertaubat dan mencintai Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan mengamalkan sunnahnya dan menjadikan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai qudwah hasanah.

Habib Munzir mula berdakwah siang dan malam dari rumah ke rumah sekitar Jakarta. Beliau sanggup tidur di mana sahaja, dirumah-rumah masyarakat, bahkan pernah tidur di anjung rumah orang kerana penghuni rumah tersebut sudah tidur beliau tidak mahu mengganggu mereka ketika larut malam.

Setelah usaha dakwahnya berjalan lebih kurang 6 bulan, Habib Munzir membuka majlis setiap malam selasa (mengikuti jejak gurunya al-Habib Umar yang membuka majlis mingguan setiap malam selasa). Seterusnya beliau memimpin Ma’had Assa’adah, yang diwaqafkan oleh al-Habib Umar bin Hud al-Atthas di Cipayung, Jakarta. Setelah setahun, Habib Munzir tidak lagi memimpin ma’had tersebut tetapi meneruskan giat usahanya dengan mengadakan majlis-majlis ceramah dan kuliah-kuliah ilmu disekitar Bandaraya Jakarta.

Maklumat lanjut tentang aktiviti dakwah beliau boleh didapati dengan melayari laman web beliau sendiri yang bernama MajelisRasulullah. Beliau juga pernah menyampaikan tazkirah ringkas sempena Majlis Bersama Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz yang diadakan di Masjid al-Falah pada 24 Mei 2007.

Tiada ulasan: