Khamis, 21 Julai 2011

Khusus Untuk Muslimat: Pengajian Umum Bersama Ustazah Nurulhuda (Alina) al-Munawwar Dari Semarang Indonesia di Masjid al-Ehsan, Bandar Kinrara


InsyAllah majlis bersama Ustazah Nurulhuda al-Munawwar
Jumaat (22/07/2011):
3pm:Masjid Al Islah Kota Seriemas, Nilai(Ramadhan Al Kareem)
8pm:Masjid Al-Falah USJ 9,(Duhai Annaku, Imam Al Ghazali)

Sabtu (23/07/20110):
9.30am:Masjid Al-Ehsan, Bdr Kinrara, Puchong(Ramadhan Al Kareem)
2.30pm:Baitul Faliq, 108, Pinggiran Za'aba, TTDI(Burdah Imam Busiri)

Ahad (24/01/2011):
10am:Kediaman Puan Zarina, 35, Jln BU 1/1, Bdr Utama(Tasawuf & Figih)

Isnin, 18 Julai 2011

MAJLIS BERSAMA AL-HABIB KADZIM BIN JA’FAR AS-SEGGAF DARI TARIM, HADRAMAUT

Bagi yang bertanya bagaimana untuk ke Madras Nur ...... sila lihat disini

BIODATA RINGKAS
  • Nama : Al-Habib Musa al-Kazim bin Ja’far bin Muhammad as-Seggaf
  • Lahir : Tarim , Hadramaut, Yaman pada tahun 1960M
  • Menghafaz al-Qur'an dan lain-lain ilmu yang berkaitan d Bandar Tarim daripada para Masyayih dan para Habaib di sana , khususnya di pusat pengajian al-Quran Abi Murayyim[1], di Ribath Tarim[2] .
  • Seterusnya mendalami ilmu agama dengan bertalaqqi di hadapan para ulama di Ribath al-Baidha’, Kota al-Baidha’, Yaman.
  • Apabila pulang ke Tarim, diberi tanggungjawab yang berat memimpin Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa , cawangan Bandar al-Syihr[3], selama 6 tahun .
  • Seterusnya melebarkan dakwahnya mengajar di Ribath ar-Raudhah dan Ribath an-Nuur di Bandar Mukalla[4]
  • Sekarang ini menjadi guru di Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa, Kampus Induk di Tarim . Juga sebagai ahli jawatankuasa Ifta’ di sini .
  • Beliau sering dijemput ke luar negara bagi menyampaikan dakwah yang mulia di majlis-majlis ceramah, multaqa’, seminar dan sebagainya di serata dunia . Antaranya sering ke Negera-negara Eropah seperti Britain, Jerman dan lain-lain, Amerika, Norway, Negara-negara benua Afrika dan Asia Tenggara.
  • Tidak ketinggalan juga, mengarangkan kitab agama bagi menyebarluaskan kebenaran Islam ke seluruh pelusuk Dunia .
-------------------------------------------------

[1] Abi Murayyim : Terkenal sebagai pusat pengajian al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya (seperti Tajwid, Qiraat dan sebagainya) . Terletak di Bandar Tarim. Telah diasaskan lebih daripada 100 tahun yang lalu. Melahirkan ramai penghafaz al-Quran khas di kalangan para Ulama.

[2] Didirikan pada tahun 1304H (1886M). Dipimpin oleh Mudir yang pertamanya: al-Habib Abdurrahman bin Muhammad al-Masyhur, kemudian al-Habib Abdullah bin Umar asy-Syathiri, seterusnya al-Habib Hasan bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri dan kini dipimpin oleh al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri. Dibina di tengah-tengah Bandar Tarim menjadi tumpuan ahli ilmu bagi mendalaminya. Melahirkan puluh ribuan ulama yang bertebaran diseluruh pelusuk dunia.

[3] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut.

[4] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut.

Sumber: Masjid al-Falah

Sabtu, 2 Julai 2011

Program Periwayatan Shahih al-Bukhari dan Sunan Abu Daud di Pondok Tampin

PROGRAM PERIWAYATAN

KITAB HADITS

SHAHIH AL- BUKHARI DAN SUNAN ABU DAUD

PADA HARI AHAD, 22 SYA'BAN 1432/24 JULAI 2011
(MAJLIS SAMBUTAN DIADAKAN PADA 21 SYA'BAN 1432/23 JULAI 2011 (SABTU MALAM AHAD)
BERTEMPAT DI PONDOK TAMPIN, JALAN PADANG RAGUT, REPAH, NEGERI SEMBILAN, DARUL KHUSUS


 BERSAMA 
SYEIKH 'ABDUL HADI AL-KHARSAH
 
KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI BLOG PONDOK TAMPIN