Memaparkan catatan dengan label madras an-nur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label madras an-nur. Papar semua catatan

Isnin, 31 Oktober 2011

Majlis Mawlid Mingguan dan Pengajian Kitab Wasaail al-Wushuul ila Syamaail ar-Rasul صلى الله عليه وآله وسلم

Majlis Mawlid Mingguan dan Pengajian Kitab Wasaail al-Wushuul ila Syamaail ar-Rasul صلى الله عليه وآله وسلم oleh Ustaz Mahdi al-Hamid

Pada setiap hari Khamis malam Jum’at bertempat di Madrasah Tazkiyyah/Madras Nur, 36, Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Jom hadiri beramai-ramai. Pembacaan kitab Wasaail al-Wushuul ila Syamaail ar-Rasul صلى الله عليه وآله وسلم ditetapkan oleh Guru Mulia Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. 

Bagi memberi peluang kepada mereka yang bekerja untuk bersama-sama dalam majlis mawlid dan pengajian yang penuh keberkatan ini maka, majlis bermula jam 8.30 malam.

Kata pepatah Melayu: Tak Kenal Maka Tak Cinta!
 
Kitab asal dalam bahasa 'Arab

Versi terjemahan (ringkas) dalam Bahasa Malaysia oleh Uztaz Syed Ibrahim bin Syed Ahmad al-Yahya
Terjemahan versi Indonesia ( lebih lengkap)
Syarah kepada Kitab Wasail oleh Syeikh 'Abdullah bin  Sa'id al-Lahji


Bagi yang bertanya tentang alamat tempat pengajian dan pelan lokasinya, maka boleh lihat dibawah

No. 36, Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, Kuala Lumpur


Rabu, 3 Ogos 2011

Majlis Ihya Ramadhan di Madrasah at-Tazkiyyah (1 - 17 Ramadhan 1432H)


Ikuti setiap pagi (sehingga 17 Ramadhan) pengajian kitab Syarah 'Ainiyyyah karya al-Imam al-Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi (murid dari al-Imam al-Haddad) bersama Habib Mahdi al-Hamid di secara online dan juga rakaman di sini


Isnin, 14 Julai 2008

Pengajian Kilat Kitab Safinah an-Najah

MAJLIS PENGAJIAN KITAB SAFINAH AL-NAJAH AKAN BERSAMBUNG KEMBALI BERMULA HARI INI ( ISNIN - 11 RAJAB 1429 / 14 JULAI 2008)BERMULA JAM 9.30 MALAM.

SEMUA DIJEMPUT HADIR

___________________________


Majlis pengajian kitab Safinah an-Najah



Pengajar:
Habib Abdullah bin Hussin al-Masyhor pendakwah dari Madinah. Beliau merupakan pengajar di Ribat al-Jufri di kota Madinah, yang mana ribat tersebut diketuai oleh Habib Zin bin Ibrahim bin Sumaith. [InsyaAllah ada penterjemah]

Tempat:
Madras Nur, 36, Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Peta untuk ketempat pengajian boleh di dapati disini.

Tarikh Pengajian:
Bermula pada hari ini, Itsnin - 16 Jun 2008 sehingga hari Khamis, 19 Jun 2008. InsyaAllah kitab tersebut akan dipelajari sehingga khatam.

Masa:
Bermula jam 9.30 malam.

Kitab [terjemahan] boleh dibeli di tempat pengajian. InsyaAllah.

Muslimin dan muslimat di jemput hadhir.

Jumaat, 14 September 2007

Madras an-Nur, 36 Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Pelan untuk ke Madras an-Nur, 36 Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Sila klik pada paparan untuk mendapat gambar yang lebih jelas.

Pengajian bermula jam 12.00 tengahari sehingga 1.30 petang. Dan kelas untuk muslimin dan muslimat telah digabungkan. Sepanjang bulan Ramadhan, pengajian berjalan seperti biasa.

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT UNTUK SAMA-SAMA MENGHADIRI MAJLIS ILMU YANG PENUH KEBERKATAN INI

Ahad, 15 Julai 2007

Madras an-Nur, 36 Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, Kuala Lumpur

MADRAS AL-NUR



Majlis yang akan di adakan bulan Rajab tepatnya hari Ahad 7 Rajab 1428H, bertepatan dengan 22 Julai 2007 yang akan datang ini di beri nama oleh Habib Umar bin Hafidz : مَدْرَسْ النُّوْر ( MADRAS AL-NUR ).

Salah satu keistimewaan yang ada pada majlis ini adalah ia memiliki cara yang serupa dengan majlis-majlis ilmu di Tarim – Hadramaut, di antaranya Madras Rubath Tarim.

Pelajaran yang di ajarkan di Madras Rubath Tarim ini adalah Tafsir, Hadith, Fiqh, dan Tasawwuf, lalu kemudian membaca tulisan dari salah seorang Ulama’ Hadramaut yang terkenal dalam satu majlis, kemudian majlis tersebut di akhiri dengan membaca surat Al-Fatehah dan Yasin, kemudian Qasidah dan fatehah, lalu doa dan di akhiri dengan :
ربنا انفعنا بما علمتنا رب علمنا الذي ينفعنا.....إلخ
Dan pelajaran ini berlangsung selama 2 jam atau 2.15 minit.

Untuk MADRAS AL-NUR ini Habib Omar bin Hafidz telahpun menentukan pelajaran yang serupa, yaitu:

  1. Tafsir: مختصر ابن كثير ( Mukhtasar Ibnu Katsir oleh 'Ali Sobuni).
  2. Hadith: التجريد الصريح لأحاديث الجامع الصحيح ( al-Tajrid al-Sharih Li Ahaadith al-Jami’ al-Shahih).
  3. Fiqh : التنبيه ( al-Tanbih oleh Syirazi).
  4. Tasawwuf: ( Nashihat Agama dan Wasiat Iman dari karangan Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad)
Kemudian majlis akan di akhiri dengan
  • Bacaan surat Yaasin,
  • Alunan Qasidah kemudian
  • al-Faatehah dan doa:
  • ربنا انفعنا بما علمتنـا رب علمنا الذي ينفعنا.....إلخ
  • يـا ربنـا اعترفنـا بـأننـا اقتـرفنـا.... إلخ

Dan Majlis ini akan berlangsung selama 1.30 minit (Bermula jam lebihkurang 12.00 tengahari).