MADRAS AL-NUR
Majlis yang akan di adakan bulan Rajab tepatnya hari Ahad 7 Rajab 1428H, bertepatan dengan 22 Julai 2007 yang akan datang ini di beri nama oleh Habib Umar bin Hafidz : مَدْرَسْ النُّوْر ( MADRAS AL-NUR ).
Salah satu keistimewaan yang ada pada majlis ini adalah ia memiliki cara yang serupa dengan majlis-majlis ilmu di Tarim – Hadramaut, di antaranya Madras Rubath Tarim.
Pelajaran yang di ajarkan di Madras Rubath Tarim ini adalah Tafsir, Hadith, Fiqh, dan Tasawwuf, lalu kemudian membaca tulisan dari salah seorang Ulama’ Hadramaut yang terkenal dalam satu majlis, kemudian majlis tersebut di akhiri dengan membaca surat Al-Fatehah dan Yasin, kemudian Qasidah dan fatehah, lalu doa dan di akhiri dengan :
ربنا انفعنا بما علمتنا رب علمنا الذي ينفعنا.....إلخ
Dan pelajaran ini berlangsung selama 2 jam atau 2.15 minit.Untuk MADRAS AL-NUR ini Habib Omar bin Hafidz telahpun menentukan pelajaran yang serupa, yaitu:
- Tafsir: مختصر ابن كثير ( Mukhtasar Ibnu Katsir oleh 'Ali Sobuni).
- Hadith: التجريد الصريح لأحاديث الجامع الصحيح ( al-Tajrid al-Sharih Li Ahaadith al-Jami’ al-Shahih).
- Fiqh : التنبيه ( al-Tanbih oleh Syirazi).
- Tasawwuf: ( Nashihat Agama dan Wasiat Iman dari karangan Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad)
- Bacaan surat Yaasin,
- Alunan Qasidah kemudian
- al-Faatehah dan doa:
- ربنا انفعنا بما علمتنـا رب علمنا الذي ينفعنا.....إلخ
- يـا ربنـا اعترفنـا بـأننـا اقتـرفنـا.... إلخ
Dan Majlis ini akan berlangsung selama 1.30 minit (Bermula jam lebihkurang 12.00 tengahari).
1 ulasan:
Assalamualaikum,
Apakah pengajiannya pada setiap hari?
Catat Ulasan