Isnin, 30 Julai 2007

Pengajian Kitab Hikam di Anjung Rahmat, Gombak

عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر

Pengajian Kitab Hikam

Oleh : al-Fadhil Shaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki ash-Shadhuli

Tarikh : 20 Rejab 1428H / 4 Ogos 2007 (Hari Sabtu)



Masa : Selepas Maghrib

Tempat : Surau Anjung Rahmat, Tingkat 3, Kompleks Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.

Ahad, 22 Julai 2007

Majlis Bersama Ulama di Masjid al-Falah, USJ 9, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya - 5hb Ogos 2007

DIJEMPUT HADIR
KE MAJLIS BERSAMA ULAMA
SEMPENA MENYAMBUT ISRA' MI'RAJ

Pada: 5 Ogos 2007 / 21 Rejab 1428

Tempat: Masjid al-Falah, USJ 9, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya Selangor








Aturcara:


(1) Pengajian Kitab Hidayatus Salikin bersama al-Fadhil Syaikh Ahmad Fahmi Zam Zam an-Nadwi al-Maliki asy-Syadhuli

Pengajian bermula dari: 9.00 pagi – 12.30 tengahari




(2) Acara Kemucak – Majlis bersama al-‘Allamah al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri (Mudir Ribath Tarim & Ahli Majlis Fatwa Hadramaut, Yaman. Beliau juga merupakan salah seorang guru kepada al-Habib Umar bin Muhmmad bin Salim bin Hafidz)

Masa: 7.25 petang – 11.00 malam

7.25 petang : Sholat Maghrib; Bacaan Maulid ad-Dhibaa’ie; Bacaan Qasidah

9.00 malam : Ceramah Utama oleh al-‘Allamah al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri

10.30 malam : Sholat Isya’ dan jamuan makan




Sedikit mengenai al-Habib Salim asy-Syathiri
(Tulisan ini dipetik dari blog Bahrus Shofa)


Habib Salim bin 'Abdullah bin 'Umar asy-Syathiri dilahirkan di Kota Tarim, Hadhramaut pada tahun 1359H. Ayahanda beliau, Habib 'Abdullah adalah pendiri Rubath Tarim yang telah melahirkan ribuan ulama dan santri dari segenap pelosok dunia Islam. Beliau terkenal sebagai seorang ulama yang sholih. Bonda Habib Salim, Syarifah Ruqayyah binti Muhammad bin Hasan Mawla Aidid, adalah seorang wanita yang sholehah yang gemar beruzlah untuk beribadah kepada Allah.

Tatkala berusia 3 tahun, Habib Salim menjadi yatim dengan pemergian ayahanda beliau ke rahmatUllah. Namun asuhan dan didikan agamanya tidak pernah terabai, belum pun genap umurnya 11 tahun beliau sudah hafal al-Quran. Beliau telah menimba berbagai ilmu pengetahuan dari sekitar 80 orang ulama-ulama besar Hadhramaut dan Haramain, antara guru beliau adalah:-
  • Habib Muhammad al-Mahdi;
  • Habib Abu Bakar;
  • Habib Hasan bin 'Abdullah asy-Syathiri;
  • Habib 'Alwi bin Syihabuddin;
  • Habib Ja'far bin Ahmad al-'Aydrus;
  • Habib 'Alwi bin 'Abbas al-Maliki al-Hasani;
  • Syaikh Hasan bin Muhammad Masyath;
  • Syaikh 'Abdullah Sa`id al-Lahji asy-Syafi`i;
  • Habib Hasan bin Muhammad Fad`aq;
  • Syaikh Hasan bin Sa`id dan ramai lagi.

Sekembalinya beliau ke Yaman, beliau telah menggunakan masanya untuk berdakwah dan menyebar ilmu. Beliau pernah tinggal 15 tahun di Kota Aden dan menjadi guru dan khatib di Masjid Habib Abu Bakar al-'Adni bin 'Abdullah al-Aydrus. Pada tahun 1403, atas permintaan Habib Zain bin Ibrahim BinSmith dan Habib Muhammad al-Haddar, beliau bermukim di Kota Madinah dan mengasuh Rubath al-Jufri.

Telah banyak santri yang mengambil manfaat dari kedalaman ilmu beliau. Beliau dikenali memiliki keikhlasan yang tinggi, akhlak yang mulia serta sentiasa menjaga sunnah Junjungan Nabi s.a.w. Dakwah dan menyebarkan ilmu tidak menghalang dirinya untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah khususiyyah seperti sholat-sholat sunnat. Setiap Ramadhan, beliau menambah sembahyang malamnya sehingga 100 rakaat setiap malam. Kini Habib Salim mengabdikan dirinya untuk mengasuh Rubath Tarim yang mempunyai sekitar 500 orang santri dari berbagai negara termasuklah Malaysia. Selain itu, beliau tetap melakukan rehlah dakwah ke berbagai pelosok dunia Islam. Mudah-mudahan Allah memberi kesihatan yang sempurna serta melanjutkan usia ulama yang digelar sebagai "Sulthanul 'Ilmi" ini demi manfaat agama dan umat. Allahumma aamiin.


****************************
Diharap tuan/puan/saudara/saudari dapat menyebarkan maklumat ini

Khamis, 19 Julai 2007

Wacana Pemikiran Islam

Wacana Pemikiran Islam anjuran PUM Wilayah dengan kerjasama Muafakat adakan seperti berikut:-

Tarikh: 21 Julai 2007 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat: Dewan Syarahan Masjid Negara




Tajuk-tajuk yang akan dibentangkan
  • Kefahaman Islam Arus Perdana
  • Ancaman Liberalisma dan Plurarisma
  • Ancaman Terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah

Penceramah
  • al-Fadhil Ustaz Utsman el-Muhammadi
  • al-Fadhil Ustaz Zamihan Mat Zin
  • al-Fadhil Ustaz Mahfuz Muhammad

Maklumat lanjut sula hubungi:-
  • Ustaz Khairul Anwar 013-671 4932
  • Saudara Saidi 019-365 7676

Muslimin dan muslimat di jemput hadir

Majlis Ilmu di Maahad Darul Tahzib, Teluk Kumbar, Pulau Pinang


Majlis Tafaqquh Fid Deen

Pengajian Kilat Kitab-kitab Jawi Ulama' Muktabar Nusantara dengan matlamat 1 bulan khatam 1 kitab

  • Hari: Setiap hari Jumaat (malam Sabtu)
  • Waktu: 10 - 12 malam
  • Bayaran: Percuma
  • Lokasi: Maahad Tahfiz Darul Tahzib, Teluk Kumbar, Pulau Pinang

Guru: Ustaz Haji Shahul Hamid bin Seeni Md

Hubungi talian untuk maklumat lanjut:
012-403 5348, 017-469 3041

Majlis Ilmu di Madrasah Diniah Ahmadiah, Cheras

Pengajian di Madrasah Diniah Ahmadiah,
Batu 10,Cheras.

Pengajian Ilmu Tauhid
Hari :Setiap Ahad
Jam :8.30 pagi -9.30 pagi(kecuali minggu ketiga,mula pukul 8.00 pagi)
Kitab :Risalah Tauhid
Oleh :Ustaz Zakaria Awang al-Ahmadi

Pengajian Ilmu Feqah
Hari :Setiap Ahad
Jam :9.30 pagi -10.30 pagi (kecuali minggu ketiga,mula pukul 9.00 pagi)
Kitab :Muwafiq dan Masbuk
Oleh :Ustaz Zakaria Awang al-Ahmadi

Pengajian Tasauf
Hari :Setiap Ahad (Hanya minggu ketiga)
Jam :10.00 pagi
Kitab :Sairus Salikin
Oleh :Ustaz Sidek Nor

Hari :Setiap Sabtu atau Ahad (secara bergilir-gilir)
Jam :Selepas Zuhur
Kitab :Mengenal Diri dan Wali Allah
Oleh :Ustaz Zakaria Awang al-Ahmadi

Selasa, 17 Julai 2007

Majlis Ilmu oleh Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia

Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia menjemput muslimin dan muslimat menghadiri kuliah mingguan yang diadakan di pejabat Persidam, berikut adalah maklumat2nya. Harap dapat dihebahkan kepada muslimin muslimat yang lain


Tempat pengajian: No.45A, Jalan Nelayan 19/A, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor



Jadual Pengajian

Hari: Setiap hari Isnin

Masa: 8.00 - 9.30 malam
Kitab: Matan Abi Syuja - Feqah (Asas)

Hari: Setiap hari Selasa (bermula pada 4 Julai 07)
Masa: 9.30 Malam - 10.30
Kitab: Tafsir Jalalain (Juzuk 30) Naskhah Arab & Ringkasan Shahih al-Bukhari (Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah)

Hari: Ahad
Masa: 3 - 4 petang
Kitab: Terjemahan Ummul Barahin - Tauhid (Asas)

Hari: Khamis
Masa: 9-10 malam
Kitab al-Hikam Shaykh Ibn `Ata'illah


********

Yuran: Percuma, sumbangan dialukan

Untuk maklumat lanjut hubungi:
Pejabat: 03-55415380, Ustaz Aleh: 012-3663795 atau emel ke alamat aleh1977@hotmail.com

Majlis Ilmu di Dewan Syaikh Daud al-Fathoni, Taman Melewar


Kepada sahabat semua, muslimin dan muslimat dijemput hadir ke kelas pengajian yang dianjurkan oleh PENGKAJI di Dewan Syeikh Daud al Fathoni, Taman Melewar Gombak.



Alamat Dewan:

No. 33 Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur







Kelas umum
  • Sabtu minggu pertama setiap bulan
  • Waktu: 9 mlm
  • Tuan Guru Ust.Ibrahim (TOKKU) KIDI
  • Kitab: Kitab Tasawuf (belum ditentukan lagi)

  • Sabtu minggu ketiga setiap bulan
  • Waktu: 9 mlm
  • Ustaz Aziz Arof
  • Kitab: Munyatol Mussolli

Kelas Muslimat

  • Setiap hari Ahad minggu pertama dan ketiga
  • Waktu: 2:30 - 4 petang
  • Ustazah Nik Faridah
  • Kitab: Penawar bagi Hati & Muhimmah

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Saudara Abdul Halim Mahmud - HP: 013-356 4496
Saudara Azrul Baharudin - HP:016-352 0094
Saudara Kamal - HP:013-3850361