Rabu, 30 April 2008

Majlis Bersama Habib Jindan bin Naufal bin Salim bin Jindan dan Habib Ahmad bin Naufal bin Salim bin Jindan di Masjid al-Falah, USJ 9



Majlis Bersama Habib Jindan bin Naufal bin Salim bin Jindan dan Habib Ahmad bin Naufal bin Salim bin Jindan di Masjid al-Falah





[Dari kiri: Ustaz Azian - Imam Masjid al-Falah, Habib Jindan dan Tuan Haji Ya'kub ketika menghadiri Multaqo Ulama di 2008 Bersama Habib Umar di Bogor]


Tarikh: 4hb Mei 2008

Tempat: Masjid al-Falah, USJ 9, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya
Majlis Bermula: Selepas Sholat Maghrib



MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR


____________

Sedikit mengenai Habib Jindan bin Naufal bin Salim.

Beliau adalah Habib Jindan bin Naufal bin Salim bin Ahmad bin Jindan. Merupakan pengasuh Pondok Pesantren Al-Fakhriyah, Tangerang, Banten. Beliau lahir didalam keluarga ulama yang tersohor. Ayahnya Habib Naufal yang merupakan murid dari al-Habib Sayyid ‘Alwi al-Maliki dan Sayyid Amin al-Kutbi semasa menuntut di Makkah, adalah merupakan seorang ulama dan mubaligh yang tersohor di Jakarta. Manakala datuknya, Habib Salim bin Ahmad bin Jindan adalah merupakan seorang tokoh ulama dan pendakwah yang terkenal di Betawi (Jakarta). Beliau juga seorang pengarang yang menulis hampir 100 buah kitab. Antara kitabnya yang pernah aku (Abu Zahrah) baca adalah mengenai fitnah syiah yang bertajuk Ar-Raa`atul Ghoomidhah fi Naqdhi Kalaamir Raafidhah, yang diterbitkan terjemahannya oleh al-Fadhil Syaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, dengan tajuk Fitnah Syiah. Habib Salim hidup sezaman dengan Habib Ali bin Abdurrahman al-Habsyi Kwitang, Habib Ali bin Hussin al-Attas Bungur. Bahkan mereka ibarat ulama habaib 3 serangkai. Boleh dikatakan majoriti ulama dan para habaib di Jakarta berguru kepada mereka, terutama dengan Habib Salim.

Oleh kerana ayahanda kepada Habib Jindin bin Naufal bin Salim terkenal sebagai pendakwah yang termasyhur mak pengalaman masa kecil itu, yang mendorong beliau untuku memperdalam ilmu agama. Pada umur dua tahun, Habin Jindan bersama keluarganya tinggal di Pasar Minggu bersebelahan dengan rumah keluarga Habib Salim bin Toha Al-Haddad. Lepas itu, ketika berumur lima tahun beliau pernah dititipkan untuk tinggal di rumah Habib Muhammad bin Husein Ba'bud dan puteranya, iaitu Habib Ali bin Muhammad bin Husein Ba’abud, di Pondok Pesantren Darun Nasyi’ien (Lawang, Malang). Menurut Habib Jindan: “Di Lawang, sehari-hari saya tidur di kamar Habib Muhammad Ba’bud. Selama disana dibilang mengaji, tidak juga. Tapi berkah dari tempat itu selama setahun saya tinggal, masih terasa sampai sekarang".

Ketika umur beliau menginjak 6 tahun ia ikut orangtuanya pindah ke Senen Bungur. Disana berliau memulakan pendidikan formalnya di SD Islam Meranti, Kalibaru Timur (Bungur, Jakarta Pusat). Beliau juga belajar diniyah di sebuah Madrasah yang diasuh oleh Ustadzah Nur Baiti di Bungur. Kemudian beliau melanjutkan pengajiannya ke tingkat Tsanawiyah di Madrasah Jami’atul Kheir, Jakarta hingga tingkat Aliyah, tapi sempat menghabiskannya. Sewaktu di Jami'atul Kheir, diantara guru-guru yang mendidik beliau adalah Habib Rizieq Shihab, Habib Ali bin Ahmad Assegaf, KH. Sabillar Rosyad, KH.Fakhhrurazi Ibrahim, Ustaz Syaikhon al-Qadri, Ustaz Fuad bin Syaikhon al-Qadri dan ramai lagi.

Sejak usia mudanya, sekembalinya dari sekolah Habib Jindan selalu belajar pada Habaib dan Ulama di Jakarta,seperti di Madrasah Tsaqofah Islamiyah yang diasuh oleh Habib Abdurrahman bin Ahmad as-Saqqaf dan puteranya Habib AbuBakar as-Saqqaf. Habib Jindan juga pernah mempelajari bahasa Arab di Kwitang, di tempat Habib Muhammad bin Ali al-Habsyi dengan ustaz-ustaz setempat. Selain itu pada sebelah petang nya beliau juga sering mengikuti rauhah yang digelar oleh Majelis Taklim Habib Muhammad al-Habsyi. Di majlis itu, banyak habaib dan ulama yang menyampaikan pelajaran-pelajaran agama seperti Habib Abdullah Syami’ al-Attas, Habib Muhammad al-Habsyi, UstazHadi as-Saqqaf, Habib Muhammad Mulakhela dan lain-lain.

Sekitar tahun 1993, beliau bertemu pertama kalinya dengan Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz di Majlis Taklim Habib Ali bin Abdurrahman al-Habsyi (Kwitang) ketika pengajian mingguan pagi dan pertemuan kedua pula ketika Habib Umar menngunjungi Jamiat Kheir. Sejeka itulah beliau tergerak hati untuk beljar di Hadramaut. Sewaktu berangkat ke Hadramaut, Habib Umar belum mendiri Darul Mustafa. Habib Jindan dan rakan-rakan beliau seperti Habib Munzir bin Fuad al-Musawwa, Habib Qureisy Baharun, Habib Shodiq bin Hasan Baharun, Habib Abdullah bin Hasan al-Haddad, Habib Jafar bin Baqir al-Attas dan lain-lain di rumah Habib Umar dan seterusnya belajar dari Habib Umar. Selain itu beliau juga menghadiri majlis-majlis taklim yang terdapat di Tarim seperti di Rubath Tarim, Baitul Faqih, Madrasah Syeikh Ali, belajar kitab Bukhari di Masjid Ba'alwi, Taklim di Zawiyah Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (Al-Hawi, Hadramaut), belajar Ihya di Zanbal di Kubah Habib Abdullah bin Abubakar al-Aydrus, Zawiyah Mufti Tarim, iaitu Syeikh Fadhal bin Abdurrahman Bafadhal dan lain-lain. Setelah lebih kurang 4 tahun di Hadramaut, pada tahun 1998, Habib Jindan bin Naufal bin Salim kembali ke Indonesia untuk meneruskan usaha dakwah dan pendidikan bersama-sama dengan adinda beliau, Habib Ahmad bin Naufal bin Salim.



Rabu, 12 Mac 2008

Program Diskusi Kitab & Mawlid Bersama Sheikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki di Masjid al-Falah (USJ 9)


15 Mac 2008 ( Sabtu)

  • 9.00 pagi - 12.00 tengahari : Diskusi kitab

  • Selepas Maghrib -10.30 malam : Majlis Mawlid


16 Mac 2008 (Ahad)

  • 9.00 pg - 12.00 tgh : Diskusi Kitab

Selasa, 19 Februari 2008

Multaqo Ahl Sunnah wal Jamaah 2008 di Madrasah al-Hasaniah, Rembau






Tarikh : 23 Februari 2008 ( Sabtu )

Tempat : Madrasah al Hasaniah, Kg. Bukit Sembilan, Km 35 Jalan Seremban-Tampin, 71350 Kota Negeri Sembilan

Masa : Bermula Asar

Anjuran: Yayasan Sofa Negeri Sembilan

Tentatif Program :

4.30 : Ketibaan Para Jemputan
4.47 : Solat Asar Berjemaa

5.00 : Pembentangan Kertas Kerja I
Pemahaman Tentang Bid’ah
Oleh : Prof. Dr. Muhammad bin Ismail Zain al Yamani
Pensyarah Usul Fiqh di Universiti Malik Abdul Aziz, Arab Saudi

6.00 : Pembentangan Kertas Kerja II
Pemahaman Tentang Tauhid
Oleh : Dr. Umar Abdullah Kamil
Pakar Usuluddin dan Ekonomi Islam, Arab Saudi

7.00 : Minum Petang

7.29 : Solat Maghrib Berjemaah dan Bacaan Maulid Daiba’ei

8.39 : Solat Isyak berjemaah

Ceramah, Perlancaran dan Kupasan Kitab Dr. Umar Abdullah Kamil - Risalah kepada Saudara Kami Syiah Imamiah, Marilah Bersama kepada Kalimah yang Satu

Jamuan dan Bersurai.

Dato'/datin, tuan/puan, saudara/ri dijemput hadir. Jom pakat pi ramai-ramai!

Isnin, 4 Februari 2008

Jadual Program Ziarah Habib Umar di Singapura

Untuk lebih jelas sila 'double click' pada paparan.

Jadual Program Ziarah Habib Umar di Malaysia

Alhamdulillah, seorang ulama ulung telah memasukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang akan dilawati beliau apabila beliau mengadakan siri kunjungan ke Asia Tenggara. Sungguh bertuah bumi Malaysia kerana sering diziarahi oleh para ulama. Ulama yang aku maksudkan adalah al-Da’ie illaLlah al-Musnid al-Haafidz al-Murabbi al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Asy-Syeikh Abu Bakar bin Salim al-Husaini al-Hadrami, pengasas Maahad Darul Musthafa, Tarim, Hadramaut, Yaman.

Maka Abu Zahrah menyeru kepada para pengunjung blog al-Fanshuri dan Majlisilmu untuk kita sama-sama menghadiri majlis-majlis yang bakal diadakan sempena kunjungan Habib Umar حفطه الله ke Malaysia. Rebutlah peluang keemasan ini. Tidak rugi meluangkan sedikit masa untuk menghadiri majlis bersama ulama.



Tersebut di dalam kitab Irsyad-ul ‘Ibad oleh asy-Syaikh Utsman bin Shihabuddin al-Funtiani رحمه الله تعالى , pada halaman 4: Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم:

عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الجكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر

Yakni [artinya] lazim atas kamu dengan bersama duduk [bersama] ulama’ yang berbuat ‘amal dengan ‘ilmunya dan menuntut mendengar perkataan auliya Allah yang mempunyai ilmu haqiqat, maka bahwasanya Allah Ta’ala menghidupkan Ia akan hati yang mati dengan nur hikmah, (berkata qaum [sufi] seorang berhimpun bersama-sama ahlullah mendapat ia kelakuan yang mulia dan lagi sebenar memberi manfaat dengan berhimpun bersama-sama mereka itu terlebih memberi manfaat daripada lafaz lidah) maka bahwasanya Allah menghidupkan Ia akan hati yang buta dengan nur ilmu yang memberi manfaat seperti menghidupkan Ia akan bumi yang mati dengan air hujan.


Asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani رحمه الله تعالى, di dalam kitabnya Nasha-ihul Ibad fi bayani al-Faadzi al-Munabbihaat 'alal Isti'daadi Li Yaumil Ma'adi pada halaman 4, beliau telah memberi penjelasan bahwa yang dimaksudkan dengan:
  • Ulama’ ialah orang-orang ‘alim yang mengamalkan ilmunya
  • Hukama’ ialah orang-orang yang mengetahui/mengenal zat Allah Ta’ala, yang betul dan tepat dalam perkataan dan perbuatan mereka.
  • Hikmah itu adalah ilmu yang memberi manfaat

Seterusnya asy-Syaikh Nawawi al-Bantani رحمه الله تعالى mengklasifikasikan ulama’ itu kepada 3 bahagian:
  • Ulama’ yang ‘alim tentang hukum-hakam, mereka adalah ashhab al-fatwa, yakni mempunyai hak untuk memberi fatwa
  • Ulama yang ‘alim [ma'rifat] akan dzat Allah sahaja. Mereka ini adalah golongan hukama. Bergaul, berdamping dengan mereka menjadikan akhlaq terdidik, kerana dari hati mereka bersinar cahaya ma’rifatullah dan terbit dari sirr mereka cahaya keagungan Allah.
  • Dan ulama yang memiliki kedua-dua shifat diatas, mereka itu kubara’. Maka bergaul dengan ahlullah mendatangkan ahwal yang mulia. Lirikan mereka lebih mendatangkan manfaat dari daripada ucapan mereka. Dan barangsiapa yang lirikannya memberi manfaat kepadamu, maka bermanfaatlah kata-katanya, dan barangsiapa yang lirikannya tidak memberi manfaat kepadamu, maka kata-katanya tidak akan mendatangkan manfaat.

Selanjutnya asy-Syaikh Nawawi al-Bantani رحمه الله تعالى عنه membawakan sepotong hadits:

سيأتي زمان أمتي يفرون من العلماء والفقهاء فيبتليهم الله بثلاث بليات: أولاها يرفع الله البركة من كسبهم، والثانية يسلط الله تعالى عليهم سلطان ظالما، والثالثة يخرجون من الدنيا بغير ايمان

Artinya: Akan datang satu zaman atas umatku dimana mereka lari [menjauhkan diri] daripada [ajaran dan nasihat] ulama' dan fuqaha', maka [akibatnya] Allah Ta’ala menimpakan tiga (3) bencana atas mereka iaitu yang pertama, Allah mengangkat (menghilangkan) keberkatan dari usaha mereka, kedua, dikuasakan penguasa yang dzalim atas mereka dan ketiga, mereka keluar dari dunia [mati] tanpa membawa iman.

[Kitab Irsyad-ul ‘Ibad oleh ash-Shaikh Utsman bin Shihabuddin al-Funtiani رحمه الله تعالى adalah merupakan sebuah kitab terjemahan dari kitab al-Munabbihat 'alal Isti'dat li Yaumil Ma'ad oleh Ahmad ibn Hajar al-Asqolaani رحمه الله تعالى . Kitab al-Munabbihat 'alal Isti'dat li Yaumil Ma'ad juga telah diberi syarah oleh ash-Shaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani رحمه الله تعالى (yang digelar oleh ash-Shaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani رحمه الله تعالى sebagai Imam Nawawi ats-Tsani, ertinya Imam Nawawi Yang Kedua) didalam kitabnya Nasha-ihul `Ibad.]

Maka disini aku turunkan jadual lawatan Habib Umar حفظه الله ke Malaysia

2 Safar 1429H/ 9 Februari 2008 (Sabtu)
Tiba dari Singapura.

3 Safar 1429H/ 10 Februari 2008 (Ahad)
- Ziarah al-‘Arifbillah Habib Ali bin Ja’afar al-Aidrus حفظه الله
- Ke Melaka. Ziarah dan program bersama anak Habib Ali bin Ja’far al-Aidrus حفظه الله
- Maghrib di Kg Ulu, Bandar Melaka

4 Safar 1429H/ 11 Februari 2008 (Itsnin)
  • Berangkat ke Kelantan Darul Naim. Kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan Darul Naim. Majlis Ramah Mesra Bersama Dato’ Menteri Besar dan YB Timbalan Menteri Besar serta beberapa orang Exco Negeri. Penyampaian Cenderahati
  • Lawatan ke YIK dan KIAS. Majlis Ramah Mesra dan Perbincangan Manhaj Pengajian
  • 2.30 petang - Ziarah Makam Tok Kenali
  • 3.30 ptg - Lawatan Ke Pondok Moden Kandis, Bachok.Majlis Ramah Mesra Warga Pondok Moden
  • Berangkat Ke Pondok Pasir Tumbuh. Solat Maghrib. Majlis Zikir & Maulid. Ceramah Memperingati Ulamak Silam (Tok Kenali)

5 Safar 1429H/ 12 Februari 2008 (Selasa)
  • 9.30 pagi - Bicara Ilmu (Balai Islam Lundang, Kelantan). Sesi Penyampaian Ceramah:Tajuk : “al-Tariqah al-Sufiyah Sebagai Dakwah Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah Berhadapan Arus Globalisasi”.
  • 10.30 pagi - Minum Ringan
  • 11.00 pagi - Sesi Dailog dan Soal Jawab
  • 2.30 petang - Majlis Tausiyat dan Taujihat Kepada Pelajar. Sesi Penyampaian Ceramah Tajuk : “Madrasah Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Pembinaan Spritual, fikrah dan Fizikal Pelajar Muslim”. Sesi Soal Jawab
  • Program bersama para saadah Ba’alawi Kelantan
  • 9.00 malam - Ceramah Perdana (Padang Perdana Kota Bharu). Tajuk ceramah: Hijrah al-Rasul

6 Safar 1429H/ 13 Februari 2008 (Rabu)
  • Berangkat ke Terengganu Darul Iman Kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Sri Menteri Besar Terengganu Darul Iman.
  • 3.00 petang - Pertemuaan dengan Para Pendakwah Terengganu.
  • 7.00 petang - Kuliah Maghrib di Masjid Cabang 3.

7 Safar 1429H/ 14 Febuari 2008 (Khamis)
  • 8.00 pagi - Lawatan ke Universiti Darul Iman ( KUSZA ) .
  • Kembali ke Kuala Lumpur
  • 7.00 petang – 9.30 malam di Masjid Putra Jaya. YAB Perdana Menteri Malaysia akan turut bersama.






8 Safar 1429H/ 15 Februari 2008 (Jum’at)

  • Berkhutbah Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak
  • Malam – Program di Madrasah al-Hasaniah (Yayasan Sofa), Shaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki ar-Rembawi. – Rembau, Negeri Sembilan.

9 Safar 1429H/ 16 Februari 2008 (Sabtu)
  • 10.00 pagi - Muhadarah di Seminar Fiqh Nusantara. Anjuran Yayasan Itmam, Abim,Muafakat dan Persatuan Ulama’. Pembentangan oleh Habib Umar di sebalah pagi sebagai tetamu undangan atas tajuk, “Hubungan FIQH MAZHAB SHAFIE dengan ALIRAN ASYA'IRAH”. Pembentangan ini akan diterjemahkan ke Bahasa Melayu
  • Seminar Fiqh Nusantara ini diadakan dari jam 8.30 pagi – 5.00 petang bertemakan MENGURANGKAN KEKELIRUAN – PENGUKUHAN PERPADUAN. Seminar berlangung di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Pendaftaran dan Bayaran : Pelajar (RM5) / Dewasa (RM10) Untuk penyertaan dan lebih pasti sila hubungi Tuan Haji Ghazali 019-3402578 atau En Fadzil 012-3307172 atau layarilah website ini atau sila lihat aturcaranya di sini
  • 7.30 malam - JILSAH DI MASJID AL-FALAH USJ 9, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN. Majlis bermula dari jam 5.30 petang. Tajuk ceremah Habib Umar adalah Tariqat Sufiyah: Definisi, sejarah, kepentingan dan peranannya di dalam penyebaran dakwah Islam. Insyaallah ada penterjemah ke bahasa Melayu.

9 Safar 1429H/ 17 Februari 2008 (Ahad)
  • Pertemuan dengan para pelajar Madras Nur
  • Habib Umar dan Rombongan berangkat kembali ke Yaman .


Jumaat, 18 Januari 2008

Pengajian Kitab Hidayatus Salikin dan Hikam Oleh Shaikh Ahmad Fahmi Zamzam


Al-Fadhil Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam akan membimbing Pengajian Kitab Hidayatus Salikin ( karangan Syaikh Abdus Shomad al-Falimbani) dan Kitab Hikam Ibn 'Athoillah sebagaimana jadual berikut:-




KITAB HIDAYATUS SALIKIN
Tarikh: 20hb Januari 2008 (Ahad)
Masa: Bermula dari jam 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari.
Tempat: Masjid al-Falah, Seksyen 9, USJ

KITAB HIKAM IBN 'ATHO`ILLAH
Tarikh: 20hb Januari 2008 (Ahad)
Masa: Selepas sholat Maghrib
Tempat: Anjung Rahmat, Gombak (Ibupejabat ABIM Pusat)



Semua dijemput hadhir