Isnin, 30 Jun 2008

Majlis Bersama Habib Munzir bin Fuad al-Musawa

MAJLIS BERSAMA HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA
DI MASJID AL-FALAH, USJ 9, SUBANG JAYA

Pada: 6 JULAI 2008 (Ahad) Bersamaan: 3 REJAB 1429

Masa: Bermula selepas Sholat Maghrib

Biografi Ringkas Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa
Beliau adalah Munzir bin Fuad bin Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Aqil bin Ahmad bin ‘Abdurrahman bin Umar bin ‘Abdurrahman bin Sulaiman bin Yaasin bin Ahmad al-Musawa bin Muhammad Muqallaf bin Ahmad bin Abu Bakar as-Sakran bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alwi al-Ghayur bin Muhammad Faqih al-Muqaddam bin ‘Ali bin Muhammad Shahib Mirbath bin ‘Ali Khali' Qasam bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa ar-Rumi bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal Abidin bin Husein cucu kesayangan Rasulullah, anak kepada Sayyidatina Fathimah - puteri kesayangan Rasulullah - dan Sayyidina‘Ali bin Abu Tholib – رضي الله عنهم اجمعين

Beliau dilahirkan di Cipanas, Cianjur, Jawa barat, pada hari Jum'at, tanggal 23 Februari 1973 bersamaan dengan 19 Muharram 1393H. Beliau mendalami ilmu syariah Islam di Ma'had as-Saqafah yang dipimpin oleh Habib Abdurrahman as-Saqqaf di Bukit Duri Jakarta Selatan. Seterusnya mengambil kursus bahasa.’Arab di LPBA as-Salafi, Jakarta Timur. Kemudian beliau belajar di Ma’had al-Khairat, Bekasi Timur.

Pengajian beliau tidak terhenti disetakat itu sahaja, seterusnya beliau ke berangkat ke Tarim Hadhramaut Yaman untuk menyambung pengajiannya di Ma’had Darul Musthafa selama 4 tahun. Darul Musthofa adalah sebuah pusat pengajian terkenal yang dipimpin oleh Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz, seorang ulama yang terkenal masakini. Dan menurut berita terkini, Darul Musthofa kini sudah dinaikkan taraf menjadi Jamiah. Allahu Allah. Dan di Darul Musthofa inilah Habib Munzir mendalami ilmu fiqh, ilmu tafsir, ilmu hadits, ilmu sejarah, ilmu tauhid, ilmu tasawuf, mahabbaturrasul صلى الله عليه وسلم, ilmu dakwah dan ilmu-ilmu syariah lainnya.

Beliau kembali ke Indonesia pada tahun 1998. Langkah pertama beliau lakukan sekembalinya dari Tarim adalah berdakwah iaitu dengan mengunjungi rumah ke rumah, duduk dan bermesra dengan mereka dan memberi panduan jalan keluar dalam segala permasalahan. Lalu atas permintaan orang-orang yang beliau kunjungi itu maka beliau mulai membuka majlis. Pada peringkat awalnya, jumlah hadirin hanya sekitar enam orang dan beliau terus berdakwah dengan meyebarkan kelembutan Allah Ta’ala, yang membuat hati pendengar sejuk. Dalam menyampaikan dakwahnya, beliau tidak mencampuri urusan politik. Beliau menekankan mengenai tujuan utama manusia dijadikankan iaitu adalah untuk beribadah kepada Allah Ta’ala.iaitu dengan mewarnai kehidupan mengikut panduan al-Quran dan Sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم.

Hasil dari kesabaran beliau berdakwah, kini majlis taklimnya yang lebih dikenali dengan ‘MAJELIS RASULULLAH’ mempunyai ramai hadirin, mencecah ribuan orang. Bahkan didalam sesetengah majlis-majlis dibeliau adakan, hadirin mencecah puluhan ribu orang. Yang terkini adalah yang beliau, Habib Munzir bersama MAJELIS RASULULLAH dan Ustaz ‘Ariffin Ilham bersama MAJLIS AZZIKRA bergabung mengadakan Tabligh Akbar di Masjid Istiqlal yang mana dihadiri lebih dari 200,000 orang. Dan yang yang membanggakan adalah majoriti daripada para hadirin adalah dari kalangan anak-anak muda. Allahu Allah. Gambar majlis tersebut boleh didapati disini.

Ahad, 25 Mei 2008

Pengajian Kilat - Kitab Bidayatul Hidayah

عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر

Majlis Pengajian Kilat Kitab Bidayatul Hidayah Bersama Shaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Maliki an-Nadwi [Insyaallah setelah tamat pengajian Tuan Syaikh akan mengijazahkan sanad kitab tersebut]



Tarikh
25 Jumadil Awwal 1429H / 31 Mei 2008 (Sabtu) dan
26 Jumadil Awwal 1429H / 1 Jun 2008 (Ahad)

Jadual Pengajian
1 – 9.00 pagi – 1.00 tengahari
2 – Lepas sholat ‘asar sehingga sebelum masuk waktu maghrib
3 – Selepas sholat maghrib – 10.00 malam.

Tempat
Pusat Pengajian Ba’alawi
No.9, Jalan UP2A
Prima Ukay, Kemensah [belakang Zoo Negara]

Kitab Pengajian
Kitab Bidayatul Hidayah (بداية الهداية اوله الامام حجة الإسلام ابو حامد الغزلي) yang telah diterjemahkan oleh Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam
Harga kitab: RM 10.00 [versi Rumi]

Tempat
Pusat Pengajian Ba’alawi
No.9, Jalan UP2A
Prima Ukay, Kemensah
[masuk ikut tepi Zoo Negara, turus sehingga jumpa simpang pertama – ada signboard disitu – masuk kiri, ie Jalan 1, terus sehingga jumpa Jalan 3, ikut kiri, terus sehingga jumpa jalan 5, kekanan, terus sehingga nampak guardroom sebelah kiri – masuk masuk kiri – ikut guardroom – terus dan ambil kiri kemudian ambil kanan – dan parking diawal jalan - ]



Kitab Pengajian
Kitab Bidayatul Hidayah (بدايةالهداية اوله الامام حجة الإسلام ابو حامد الغزلي) yang telah diterjemahkan oleh Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam
Harga kitab: RM 10.00 [versi Rumi]


Pendaftaran: Untuk pendaftaran sila hubungi, Tuan Haji Ahmad ditalian 012-2600160 atau 012-2305887 dan 019-6693887. TIADA apa-apa yuran pendaftaran dikenakan. Makan-minum akan disediakan oleh pihak penganjur. Adalah dimaklumkan bahwa tempat adalah terhad. Bagi yang berminat sila hubungi segera talian diatas.


BIOGRAFI AL-FADHIL SYAIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AN-NADWI AL-MALIKI

Al-Fadhil Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari Al-Nadwi Al-Maliki dilahirkan pada tahun 1959 di Amuntai, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Beliau memasuki alam persekolahan di Amuntai sebelum menyambung pengajian di Madrasah Darussalam Martapura, Kalimantan Selatan sehingga Tingkatan 'Aliyah. Seterusnya beliau melanjutkan pendidikan di Yayasan Pesantren Islam Bangil, Jawa Timur.

Pada tahun 1980, beliau telah meneruskan pengajiannya di India, bersama dengan ulama' terkenal asy-Syaikh Abul Hassan ‘Ali an-Nadwi di Nadwatul Ulama', Lucknow. Pada tahun 1984, beliau menamatkan pengajiannya di India dan langsung datang ke Malaysia dan berkhidmat di Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Derang di Pokok Sena, Kedah sehinggalah ke hari ini.
Pada tahun 1988, beliau berkesempatan berguru dengan asy-Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani dan juga as-Sayyid al-Habib Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, sehingga beliau dianugerahkan dengan gelaran keluarga "al-Maliki" pada tahun 2002.

Beliau juga merupakan Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru dan Pasentren Yasin di Muarateweh, Kalimantan, Indonesia yang dibuka pada tahun 2001 dan 2003. Disamping itu, beliau adalah Ketua Umum Majelis Ulama' Indonesia Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah untuk sessi 2004 – 2009.

Beliau juga aktif didalam penulisan. Antara kitab yang beliau susun adalah '40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman', '40 Hadis Penawar Hati' dan '40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama', 40 Nasihat Imam Zainuddin Ibnul Wardi al-Kindi. Selain itu beliau juga telah mentahqiq dan menerbitkan semula kitab-kitab karangan ulama' silam Alam Melayu Nusantara iaitu kitab karangan asy-Syaikh Abdusshamad al-Falimbani seperti 'Sairus Salikin' (4 jilid) dan 'Hidayatus Salikin'. Al-Fadhil Syaikh juga aktif menterjemahkan kitab seperti, 'Bidayatul Hidayah' dan 'Ayyuhal Walad' karangan Imam Al-Ghazali, 'Bustanul Arifin' karangan Imam An-Nawawi dan Lamiyah Ibnu Wardi karangan Imam Zainuddin Ibnul Wardi al-Kindi.

Beliau juga aktif mengajar secara bulanan di Lembah Kelang iaitu Kitab Hikam Ibn ‘Athoillah di Anjung Rahmat ABIM, kuliah Kitab Hidayatus Salikin di Masjid al-Falah USJ 9 dan kuliah Kitab Qul Hadzihi Sabili di Pusat Pengajian Ba'Alawi. Beliau juga mengadakan pengajian kilat untuk mengkhatamkan kitab-kitab seperti kitab Ayyuhal Walad, Bidayatul Hidayah, Bustanul ‘Ariffin dan-lain-lain.

Khamis, 15 Mei 2008

Majlis Pengajian Kitab Bersama al-Fadhil asy-Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Maliki an-Nadwi



عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر

Majlis Pengajian Kitab Bersama Shaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Maliki an-Nadwi di Masjid al-Falah dan Surau Anjung Rahmat


Tarikh : 18 Jumadil Awwal 1429H / 24 Mei 2008 (Sabtu)



[1] Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya

Kitab Pengajian: Kitab Hidayatus Salikin (هداية السالكين في سلوك مسلك المتقين)



[2] Masa: Selepas sholat Maghrib – 10.00 malam
Tempat: Surau Anjung Rahmat,Kompleks Anjung Rahmat, Bt.6, Gombak
Kitab Pengajian: Kitab Hikam Ibn ‘Athoillah.( حكم ابن عطاءالله السكندري)


Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadhir.

Majlis Pengajian Kitab Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad - Bulan Mei 2008 di Masjid Baitul Aman



عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر

Majlis Pengajian Kitab Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad - Bulan Mei 2008 di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Majlis-majlis Ilmu Bulanan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat disekitar Kuala Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ditinggalkan dan diwasiatkan oleh al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad. Huraian dari kitab-kitab beliau adalah dalam Bahasa Malaysia.


Tarikh : 11 Jumadil Awwal 1429H / 17 Mei 2008

Masa: Selepas sholat Maghrib – 9.30 malam

Kitab Pengajian: Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman (النصائح الدينية و الوصايا الإيمانية)


*********

Tarikh : 12 Jumadil Awwal 1429H / 18 Mei 2008

Masa: Selepas sholat Maghrib – 9.30 malam


Kitab Pengajian: Kitab Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama.( الدعوة التامة والتذكرة العامة)


Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.Dan diminta hadirin dan hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam masjid.

Ahad, 11 Mei 2008

Majlis Pengajian Kitab Bersama al-Fadhil asy-Syaikh Muhammad Noeruddin Marbu al-Banjari al-Makki



عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر

Majlis Pengajian Kitab Bersama al-Fadhil asy-Syaikh Muhammad Noeruddin Marbu al-Banjari al-Makki - Bulan Mei 2008 di Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya

Tarikh : 11 Jumadil Awwal 1429H / 17 Mei 2008

Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari

Kitab Pengajian: Kitab Hadits Riwayat 10 Shahabat – Jilid 2 dan Nashihat Agama dan Wasiat Iman.

Masa: Selepas Maghrib

Kitab Pengajian: Qawaid Fiqhiyyah (Zubdah al-Qawaid al-Fiqhiyyah)


*********

Tarikh : 12 Jumadil Awwal 1429H / 18 Mei 2008

Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengahari

Kitab Pengajian: Kitab Hadits Riwayat 10 Shahabat – Jilid 2 dan Nashihat Agama dan Wasiat Iman.

Muslimin dan Muslimat di jemput hadhir

Rabu, 30 April 2008

Majlis Bersama Habib Jindan bin Naufal bin Salim bin Jindan dan Habib Ahmad bin Naufal bin Salim bin Jindan di Masjid al-Falah, USJ 9



Majlis Bersama Habib Jindan bin Naufal bin Salim bin Jindan dan Habib Ahmad bin Naufal bin Salim bin Jindan di Masjid al-Falah





[Dari kiri: Ustaz Azian - Imam Masjid al-Falah, Habib Jindan dan Tuan Haji Ya'kub ketika menghadiri Multaqo Ulama di 2008 Bersama Habib Umar di Bogor]


Tarikh: 4hb Mei 2008

Tempat: Masjid al-Falah, USJ 9, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya
Majlis Bermula: Selepas Sholat Maghrib



MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR


____________

Sedikit mengenai Habib Jindan bin Naufal bin Salim.

Beliau adalah Habib Jindan bin Naufal bin Salim bin Ahmad bin Jindan. Merupakan pengasuh Pondok Pesantren Al-Fakhriyah, Tangerang, Banten. Beliau lahir didalam keluarga ulama yang tersohor. Ayahnya Habib Naufal yang merupakan murid dari al-Habib Sayyid ‘Alwi al-Maliki dan Sayyid Amin al-Kutbi semasa menuntut di Makkah, adalah merupakan seorang ulama dan mubaligh yang tersohor di Jakarta. Manakala datuknya, Habib Salim bin Ahmad bin Jindan adalah merupakan seorang tokoh ulama dan pendakwah yang terkenal di Betawi (Jakarta). Beliau juga seorang pengarang yang menulis hampir 100 buah kitab. Antara kitabnya yang pernah aku (Abu Zahrah) baca adalah mengenai fitnah syiah yang bertajuk Ar-Raa`atul Ghoomidhah fi Naqdhi Kalaamir Raafidhah, yang diterbitkan terjemahannya oleh al-Fadhil Syaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, dengan tajuk Fitnah Syiah. Habib Salim hidup sezaman dengan Habib Ali bin Abdurrahman al-Habsyi Kwitang, Habib Ali bin Hussin al-Attas Bungur. Bahkan mereka ibarat ulama habaib 3 serangkai. Boleh dikatakan majoriti ulama dan para habaib di Jakarta berguru kepada mereka, terutama dengan Habib Salim.

Oleh kerana ayahanda kepada Habib Jindin bin Naufal bin Salim terkenal sebagai pendakwah yang termasyhur mak pengalaman masa kecil itu, yang mendorong beliau untuku memperdalam ilmu agama. Pada umur dua tahun, Habin Jindan bersama keluarganya tinggal di Pasar Minggu bersebelahan dengan rumah keluarga Habib Salim bin Toha Al-Haddad. Lepas itu, ketika berumur lima tahun beliau pernah dititipkan untuk tinggal di rumah Habib Muhammad bin Husein Ba'bud dan puteranya, iaitu Habib Ali bin Muhammad bin Husein Ba’abud, di Pondok Pesantren Darun Nasyi’ien (Lawang, Malang). Menurut Habib Jindan: “Di Lawang, sehari-hari saya tidur di kamar Habib Muhammad Ba’bud. Selama disana dibilang mengaji, tidak juga. Tapi berkah dari tempat itu selama setahun saya tinggal, masih terasa sampai sekarang".

Ketika umur beliau menginjak 6 tahun ia ikut orangtuanya pindah ke Senen Bungur. Disana berliau memulakan pendidikan formalnya di SD Islam Meranti, Kalibaru Timur (Bungur, Jakarta Pusat). Beliau juga belajar diniyah di sebuah Madrasah yang diasuh oleh Ustadzah Nur Baiti di Bungur. Kemudian beliau melanjutkan pengajiannya ke tingkat Tsanawiyah di Madrasah Jami’atul Kheir, Jakarta hingga tingkat Aliyah, tapi sempat menghabiskannya. Sewaktu di Jami'atul Kheir, diantara guru-guru yang mendidik beliau adalah Habib Rizieq Shihab, Habib Ali bin Ahmad Assegaf, KH. Sabillar Rosyad, KH.Fakhhrurazi Ibrahim, Ustaz Syaikhon al-Qadri, Ustaz Fuad bin Syaikhon al-Qadri dan ramai lagi.

Sejak usia mudanya, sekembalinya dari sekolah Habib Jindan selalu belajar pada Habaib dan Ulama di Jakarta,seperti di Madrasah Tsaqofah Islamiyah yang diasuh oleh Habib Abdurrahman bin Ahmad as-Saqqaf dan puteranya Habib AbuBakar as-Saqqaf. Habib Jindan juga pernah mempelajari bahasa Arab di Kwitang, di tempat Habib Muhammad bin Ali al-Habsyi dengan ustaz-ustaz setempat. Selain itu pada sebelah petang nya beliau juga sering mengikuti rauhah yang digelar oleh Majelis Taklim Habib Muhammad al-Habsyi. Di majlis itu, banyak habaib dan ulama yang menyampaikan pelajaran-pelajaran agama seperti Habib Abdullah Syami’ al-Attas, Habib Muhammad al-Habsyi, UstazHadi as-Saqqaf, Habib Muhammad Mulakhela dan lain-lain.

Sekitar tahun 1993, beliau bertemu pertama kalinya dengan Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz di Majlis Taklim Habib Ali bin Abdurrahman al-Habsyi (Kwitang) ketika pengajian mingguan pagi dan pertemuan kedua pula ketika Habib Umar menngunjungi Jamiat Kheir. Sejeka itulah beliau tergerak hati untuk beljar di Hadramaut. Sewaktu berangkat ke Hadramaut, Habib Umar belum mendiri Darul Mustafa. Habib Jindan dan rakan-rakan beliau seperti Habib Munzir bin Fuad al-Musawwa, Habib Qureisy Baharun, Habib Shodiq bin Hasan Baharun, Habib Abdullah bin Hasan al-Haddad, Habib Jafar bin Baqir al-Attas dan lain-lain di rumah Habib Umar dan seterusnya belajar dari Habib Umar. Selain itu beliau juga menghadiri majlis-majlis taklim yang terdapat di Tarim seperti di Rubath Tarim, Baitul Faqih, Madrasah Syeikh Ali, belajar kitab Bukhari di Masjid Ba'alwi, Taklim di Zawiyah Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (Al-Hawi, Hadramaut), belajar Ihya di Zanbal di Kubah Habib Abdullah bin Abubakar al-Aydrus, Zawiyah Mufti Tarim, iaitu Syeikh Fadhal bin Abdurrahman Bafadhal dan lain-lain. Setelah lebih kurang 4 tahun di Hadramaut, pada tahun 1998, Habib Jindan bin Naufal bin Salim kembali ke Indonesia untuk meneruskan usaha dakwah dan pendidikan bersama-sama dengan adinda beliau, Habib Ahmad bin Naufal bin Salim.



Rabu, 12 Mac 2008

Program Diskusi Kitab & Mawlid Bersama Sheikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki di Masjid al-Falah (USJ 9)


15 Mac 2008 ( Sabtu)

  • 9.00 pagi - 12.00 tengahari : Diskusi kitab

  • Selepas Maghrib -10.30 malam : Majlis Mawlid


16 Mac 2008 (Ahad)

  • 9.00 pg - 12.00 tgh : Diskusi Kitab