Jumaat, 2 November 2007

Daurah Bersama Syaikh Muhammad Noeruddin Marbu al-Banjari al-Makki [20 November 2007 – 19 Disember 2007]

Daurah Bersama Syaikh Muhammad Noeruddin Marbu al-Banjari al-Makki
[20 November 2007 – 19 Disember 2007]


Tarikh: 20 November 2007 hingga 4 Disember 2007
Tempat: INTIM, Ipoh, Perak

20 Nov – Pendaftaran peserta
21 Nov – Perasmian oleh SS Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridhwan dan Forum dan kuliah malam

Jadual Pengajian:-

Pagi:-
Selepas Sholat Shubuh – 9.30 pagi
Rehat
10.00 pagi – 12.00 tengahari

Petang - Rehat

Malam
Selepas Sholat Maghrib – 10.30 malam

5 Disember 2007 peserta daurah bertolak ke Pondok Lubuk Tapah, Kelantan

6 Disember – 12 Disember 2007
Tempat: Pondok Lubuk Tapah [Maklumat terakhir - tempat telah diubah ke Ma'had Tahfiz Darul Quran wal Qiraat Berhad, Repek, Pasir Mas, Kelantan. Ini disebabkan keuzuran Tuan Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah. Semoga Allah mengurniakan ke'afiatan kepada Tuan Guru. آمين]
Jadual pengajian seperti diatas

13 Disember peserta daurah bertolak ke Pondok Tuan Guru Haji Saleh Sik, Kedah

Tarikh: 14 Disember – 19 Disember 2007
Tempat:Pondok Tuan Guru Haji Saleh Sik
Jadual pengajian seperti diatas

20 Disember 2007 – Sambutan Eidul Adha bersama-sama Shaikh Muhammad Noeruddin di Pondok Tuan Guru Hj Saleh, Sik, Kedah

22 Disember 2007 – Shaikh Muhammad Noeruddin kembali ke Bogor

Kitab Pengajian:

Kitab-kitab [semuanya berbahasa ‘Arab] yang akan digunakan adalah
  1. Mukhtasor Ibn Abi Jamrah [hadits]
  2. Al-Yaaquatun Nafiis [fiqh]
  3. Makanatul Ilmi wal Ulama’
  4. Risalah Mu’awanah [tasauf]
  5. Zubdatul Qawaidil Fiqhiyyah
  6. Mabahits wa Rasail
  7. Bustanul ‘Arifin

Kitab-kitab di atas boleh di dapati ditempat pengajian. Harga keseluruhan kitab adalah RM110.00

Semua dijemput hadir.

Penginapan dan makan-minum tidak disediakan, melainkan kepada 200 peserta sepenuhmasa yang telah dipilih oleh pihak penganjur. Oleh itu tuan/puan/saudara/saudari yang berhajat untuk mengikuti program ini sepenuhnya perlulah mengusahakannya sendiri.

Tiada ulasan: