Rabu, 3 September 2008

Pengajian Kitab Sair al-Salikin oleh Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam

Pengajian kitab Sair al-Salikin karangan Syaikh Abdusshomad al-Falimbani dipimpin oleh Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam akan diadakan pada hari Ahad 7hb September 2008 bertempat di Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Program akan bermula dari jam 9.00 pagi - 12.30 tengahari.

Muslimin dan muslimat dijemput hadhir

Dimaklumkan juga bahwa satu kutipan khas buka puasa/sahur atau zakat untuk Ma'ahad Yasin, Kalimantan yang dipimpin oleh Syaikh Fahmi juga akan diadakan. Maka sesiapa yang berhajat untuk menghulurkan sedeqah/derma, sila hubungi Tuan Haji Ahmad (012 2600160). Marilah kita merebut peluang bersedeqah atau menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

1 ulasan:

armorphism berkata...

salaam..

Maaf, saya telah mengikuti pengajian hidayatus salikin bersama Syaikh Fahmi Zamzam, tetapi tergantung pada mlm 26 dan siang 27 Julai 08,adakah masih boleh mengikuti pengajian sirrus salikin pada masa akan datang?

Pada pengajian lepas i was not informed.

0168975804