Rabu, 11 Januari 2012

Majlis Mawlid Mingguan dan Pengajian Kitab Wasaail al-Wushuul ila Syamaail ar-Rasul صلى الله عليه وآله وسلم


Majlis Maulid Minggunan dan Pengajian kitab Wasail al-Wushul ila Syamail ar-Rasul صلى الله عليه وآله وسلم oleh al-Habib Mahdi al-Haamid.

Pada setiap hari Khamis malam Jum'at, bertempat di Madrasah at-Tazkiyyah/Madras Nur, 36, Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Pembacaan kitab ini telah ditetapkan oleh Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Kitab ini akan dibaca dan disyarah oleh al-Habib Mahdi al-Haamid dan akan diterjemahkan oleh Ustaz Asyraf Osman. 


Gambar Kredit: Badan Kebajikan Surau al-Ghazali
 Untuk memberi peluang dan ruang masa kepada mereka yang bekerja bersama-sama di dalam majlis maulid dan pengajian kitab yang penuh keberkatan ini, maka majlis ini akan bermula dari jam 8.30 malam.


Jom kita meluangkan masa untuk bermaulid dan mengaji dan mengenali kesempurnaan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم
..... tak kenal maka tak cinta ....
Kitab asal dalam bahasa 'Arab
Kitab Syarah kepada Wasailul Wushul
Versi terjemahan (ringkas) dalam Bahasa Malaysia oleh Uztaz Syed Ibrahim bin Syed Ahmad al-Yahya

Terjemahan versi Indonesia ( lebih lengkap)

Bagi yang bertanya tentang alamat tempat pengajian dan pelan lokasinya, maka boleh lihat dibawah


No. 36,
Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, Kuala Lumpur






5 ulasan:

Abu Mustafar ArRidho berkata...

Assalamualaikum,
Kepada tuan al-fagir abu zahrah yg saya muliakan, adakah pengajian kitab ini dikhusus kepada penuntut di madras Nur atau terbuka kepada umum? terutama orang awam seperti saya?

Jazakallahukhair..

al-fagir abu zahrah berkata...

Wa'alaikumussalam warahmatulllahi wabarakatuh,

Pengajian kitab ini TERBUKA kepada sesiapa sahaja yang berminat dari kalangan MUSLIMIN maupun MUSLIMAT. Dijemput tuan hadir. Ahlan wa sahlan wa marhaban bik ...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan yg dimuliakan ALLAH SWT, ana mohon maaf terlebih dahulu, ana telah datang, tetapi tiada seperti dialamat tersebut(36, jln pantai murni). Ana dtg pd hari khamis, mlm jumaat pukul 9:15pm. Rumah tersebut tutup seperti tiada org. Mungkin alamat ada pembetulan? Walllahuallam.

al-fagir abu zahrah berkata...

Wa'alaikumussalam. alamat tu dah betoi, cuma pada malam tersebut ada jemputan maulid di Kelana Jaya, maka semu pakat yong pi sana. Maka takdak lah di Pantai Dalam tu. Mohon maaf byk2 takdan nak hebohkan. I

Tanpa Nama berkata...

salam tuan mcm mne nk dapatkan kitab tue yer?