Majlis Maulid Minggunan dan Pengajian kitab Wasail al-Wushul ila Syamail ar-Rasul صلى الله عليه وآله وسلم oleh al-Habib Mahdi al-Haamid.
Pada setiap hari Khamis malam Jum'at, bertempat di Madrasah at-Tazkiyyah/Madras Nur, 36, Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Pembacaan kitab ini telah ditetapkan oleh Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Kitab ini akan dibaca dan disyarah oleh al-Habib Mahdi al-Haamid dan akan diterjemahkan oleh Ustaz Asyraf Osman.
Gambar Kredit: Badan Kebajikan Surau al-Ghazali |
Untuk memberi peluang dan ruang masa kepada mereka yang bekerja bersama-sama di dalam majlis maulid dan pengajian kitab yang penuh keberkatan ini, maka majlis ini akan bermula dari jam 8.30 malam.
Jom kita meluangkan masa untuk bermaulid dan mengaji dan mengenali kesempurnaan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم
..... tak kenal maka tak cinta ....
Jom kita meluangkan masa untuk bermaulid dan mengaji dan mengenali kesempurnaan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم
..... tak kenal maka tak cinta ....
Kitab asal dalam bahasa 'Arab |
Kitab Syarah kepada Wasailul Wushul |
Versi terjemahan (ringkas) dalam Bahasa Malaysia oleh Uztaz Syed Ibrahim bin Syed Ahmad al-Yahya |
Terjemahan versi Indonesia ( lebih lengkap) |
Bagi yang bertanya tentang alamat tempat pengajian dan pelan lokasinya, maka boleh lihat dibawah
No. 36, Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, Kuala Lumpur |
5 ulasan:
Assalamualaikum,
Kepada tuan al-fagir abu zahrah yg saya muliakan, adakah pengajian kitab ini dikhusus kepada penuntut di madras Nur atau terbuka kepada umum? terutama orang awam seperti saya?
Jazakallahukhair..
Wa'alaikumussalam warahmatulllahi wabarakatuh,
Pengajian kitab ini TERBUKA kepada sesiapa sahaja yang berminat dari kalangan MUSLIMIN maupun MUSLIMAT. Dijemput tuan hadir. Ahlan wa sahlan wa marhaban bik ...
Assalamualaikum tuan yg dimuliakan ALLAH SWT, ana mohon maaf terlebih dahulu, ana telah datang, tetapi tiada seperti dialamat tersebut(36, jln pantai murni). Ana dtg pd hari khamis, mlm jumaat pukul 9:15pm. Rumah tersebut tutup seperti tiada org. Mungkin alamat ada pembetulan? Walllahuallam.
Wa'alaikumussalam. alamat tu dah betoi, cuma pada malam tersebut ada jemputan maulid di Kelana Jaya, maka semu pakat yong pi sana. Maka takdak lah di Pantai Dalam tu. Mohon maaf byk2 takdan nak hebohkan. I
salam tuan mcm mne nk dapatkan kitab tue yer?
Catat Ulasan